Wednesday, June 25, 2014

Kucing Kesayangan Dah Beranak


Salam..

Tiga hari lepas( kelmarin) terasa sangat letih. Sambil menanti maisarah gerak ke sekolah agama LM baring sekejap atas katil.

Jenguk bawah ( di sofa arab yg namanya majlis tu)tengok black( kucing LM) elok baring di bawah. Biasanya dia pun sama baring mengimpit celah ketiak umminya ni.. Huhu. Dia pandang LM tanpa bunyi..

Tak lama lepas tu dia pergi . Bila dia dah keluar dari bilik LM terdengar bunyi anak kucing. Sekali tengok ada seekor anak kucing.. Huhu penuh darah atas selimut syafiq.

Bila selak selimut tu jumpa seekor lagi. Ah sudah!! Panik juga LM.

Bila letak anak dia dalam kotak, dia pun masuk semula dalam bilik. LM pun serah sula anaknya . Suakan puting ibunya dan pandai sungguh si anak menyusu.

Tiba- tiba Black baring. LM usap kepalanya dan kata rehatlah.. Penat ye?

Tup tup..



Tu dia.. Keluar seekor lagi depan mata.. Gigil kepala lutut LM tengok black beranak depan mata. Anaknya masih dalam uri. Dia koyak uri tu untuk keluarkan anaknya..

Tak lama lepastu keluar seekor lagi, yang last tu uri keluar kemudian. Phewww..berdebar, tak reti nak tolong apa, tak tau nak buat apa. Panik sangat.

Puaslah mendobi selimut bagai.. Haha.. Tak sangka dia beranak dalam bilik. Apa pun alhamdulillah rezeki..

www.tips-fb.com

3 comments:

MissNick said...Reply To This Comment

Perghhhh kalau saya pun menggelabah tak tau nak buat apa...tapi tu la tak penah tengok kucing beranak depan mata...tengok kambing beranak pernah la hehe...

Jom join SEGMEN di blog saya....tinggalkan url blog anda di sana...sama-sama kita blogwalking nanti okey

http://diarymissnick.blogspot.com/2014/06/segmen-jom-blogwalking-1.html

sud@is said...Reply To This Comment

Berapa ekor LM, kecik sebesar ni agak geli sikit kan...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Dapat empat ekor anak baru? Wah.. meriahla rumah macam tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...