Friday, June 13, 2014

Larisnya Roti


Assalamualaikum..

Malam tadi sebelum tido LM gagahkan diri buat roti untuk budak- budak ni. Kononnya untuk sarapan dan buat kudapan mereka harini..



Yang gambar belum bakar tu roti bawang putih, baunya perghh satu rumah. Wangiiiiii

Plan konon nak bagi mereka sarapan roti bawang putih dengan sup cendawan pagi ni tapi habis mereka ngap sebelum tido., adoiii la anak- anak!

Roti pintal gula pun ada, roti pintal nestum dan yang bentuk bunga tu roti buttercream kegemaran LM.

Ada roti sarang lebah inti cream cheese juga. Pagi ni bangun tidur LM intai cuma tinggal beberapa ketul saja. Amboiii ....

Hilang kisah nak buat sup cendawan. Hihi

Apa pun syukur kalian ada selera nak makan. Nanti petang kita buat lagi roti ye..

Setengah kilo saja buat semalam. Tapi kalau jual dapat rm55 ringgit juga tau 1/2 kg tepung tu.
www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Biar kena makan habis dik daripada tak dimakan buat tak berbaloi:)

Mama Safiy Arfan said...Reply To This Comment

wah...bestnye pandai meroti//rjn sis

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

alahai LM.syoknya bila meroti hbis dimakan anak2..
saya suka la roti bawnag putih..

LM share resepi, boleh?

kebiasaannya saya cma buat mentega bawang putih pastu sapu aje dkt roti gardenier yg dipotong memanjang pastu nyicah dgn sup cendawan.. nk meroti beercinta aje la..:)

sud@is said...Reply To This Comment

Kna p kursus buat roti jg la mcm ni ,.tgk roti LM gebu2 jaa.,

anamizu said...Reply To This Comment

alahai sedapnya tgk roti2 ummi buat ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...