Monday, June 23, 2014

Letih Tak Habis Lagi

Salam..

Walau pun kenduri doa selamat yang Kami buat semalam berlangsung sebelum zohor tapi letihnya terasa hingga ke saat ini.

Syukur lah periuk dan semua bekas makanan tu LM dah siap basuh selepas kenduri usai. Tinggal nak menyusun semula periuk belanga dalam kabinet saja. Namun hari ni nampaknya syafiq seperti nak minta perhatian lebih... Maka... Badan yang letih terasa mahu golek- golek layan syafiq saja hari ni.


Semalam LM masak rendang daging campur paru dan limpa, gulai ayam bersama kentang, sayur , puding koktel berkuah dan sambal belacan bersama ulam- ulaman. Masak sendiri memang seronok tapi berdebar sebab bonda takda nak pantau dan komen itu ini.. Hehe.

Mujur ada adik- adik membantu hingga selesai majlis. Kalau tak.. Mau pitam kami menguruskannya.

www.tips-fb.com

6 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Buat kenduri macam mana kecik pun memang letih. Dari belum selesai hingga selesai. Tapi sekurang-kurangnya bila dah selesai lega... cuma letihlah..

Qaseh Vee said...Reply To This Comment

alhamdulillah , dah selesai . dekat nak puasa ni mmg ramai yg buat kenduri . klu kat johor , mcm dah jadi tradisi .

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Betul tu kak zakie. Lega dah selesai..

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Betul tu.. Biasanya mereka buat kenduri arwah. Sbb tu jenuh nk carik masa yg kosong utk buat keduri doa selamat ni

Mummydearie said...Reply To This Comment

Selesai sudah. Penat lepas kenduri tu memang tak boleh nak cakap. Kecil atau besar kendurinya, memang memenatkan kalau kita yang memasak sendiri.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Selesai juga apa yg ptt kan LM..
Selamat berpose ye LM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...