Thursday, June 19, 2014

Nasi Oh Nasi-Gastrik

Salam...

Ya Allah.. Dugaan betul. Agaknya nikmat menjamah nasi telah ditarik dari diri LM agaknya. Sebelum buat atkins memang LM ni tegar makan nasi. Tak boleh dalam sehari tak makan nasi mesti lutut menggigil. Dalam seminggu mesti akan kena gastrik 3-4 kali walau makan 3-4 kali sehari.

Tapi.. Lepas buat atkins tak pula kena gastrik. Mungkin kerana LM makan kerap kot. Kadang- kadang tu 5-7 kali LM makan sebab konon tak dapat nasi kena makan banyak( minda dikawal nafsu makan kan?) takpalah.. Janji tak gastrik.

Lepas turun 5kg bila atkins mulalah nak main tipu. Hujung minggu mula jamah nasi, mula jamah lontong .. Pergi kenduri pun jamah nasi dengan sambal pahang . Perghh, mujur buffet dan ambik dua sudu je nasi. Kalau tak.. Mau daku tambah dua senduk lagi nasi. Haha

Cerita bab nasi.. Malam tadi buat nasi lemak untuk dinner. Lama betul tak jamah nasi lemak. Tekak mengidam mengalahkan mak buyong. Apa lagi.. Terus buat nasi lemak, orang lain sarapan makan nasi lemak tapi LM dinner belasah nasi lemak. Lawan pula dengan sambal tumis yang tak rasa sambal( tak pedas sebab nanti qila tak boleh makan). Ada pula goreng burung puyuh.. Siap perap dengan cili flakes bagai. Cukup rasa, cukup sedap di tekak LM ni( puji masakan sendiri, cehh)

Sedap betul makan nasi lemak burung puyuh.. Hati menyanyi riang. Lalala. Bila malam ambil lagi dua sudu makan dengan sambal garing tempe kak risa tu, lupa nak rasa sejak siang. Perghh sedap!

Tup tup sedang syok layan cerita apa ntah yang fauziah gaos berlakon tu, terus perut memulas macam ada monster berjoget dalam perut. Ulang alik toilet tiga kali pun tak keluar apa. Huwaaaa !!! Tau dah. Memang gastrik sudah mari!

Kejap duk intai tv kejap dating dengan toilet! Grrr. Dekat 7-8 kali keluar masuk tandas.. Tertido keletihan. Takmo lah dating dengan doktor malam- malam.. Sah sah dia bagi sejarum nanti. Sobss sakit ooo... Dah la sejak atkins montot kiter leper, mau- mau terus kena tulang kalau kena inject tau!(takut ooo nampak jarum).

Kesimpulannya.. Terus saja atkins. Jangan gatal nak makan nasik sangat. Jamah dua tiga suap saja kalau teringin sangat. Makan lauk, makan sayur. Sayangi perut kami wahai LM. ( ayat nak pujuk diri sendiri)

Harini?? Lemah longlai.. Syok sangat dating dengan toilet memang lah harini badan longlai lemah gemalai.


www.tips-fb.com

3 comments:

Mime MF said...Reply To This Comment

sy xda gastrik...tp penah bt atkins...peh seksa amat..haha nak mampu nk amik carbo dlm amount yg sikit..so gagal diet kita..kehkeh

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

selamat ber atkins
perut memulas mmg xdpt.nk nolong la kan..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kesiannya dia... kalau kakak rasanya tak mampu kalau tak makan nasi. Tak ada keinginan ke dik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...