Wednesday, June 11, 2014

Pulut Kuning?


Assalamualaikum..

Rentetan dari entri (WW)Wordless Wednesday tadi, menurut kata kak zakie dia selalu buat sempena sesuatu hajat yang telah kesampaian. LM pula buat sebab saja nak makan, dah lama teringin nak makan pulut kuning tapi tak sempat nak buat.

Memandangkan minggu pertama bulan mei lepas LM ada nampak pulut kuning di rumah kenduri tapi tak makan atas sebab tertentu dan nampak entri aisy nasiha(http://aisy-nasiha.blogspot.com/) pasal pulut kuning dia terus merajinkan diri buat pulut kuning versi orang pemalas petang semalam.. Hehe

Pulut kuning ni LM buat salah satu sebab kerana ada stok rendang kenduri hasil pemberian orang kenduri dalam freezer tu. dah dua hari dibekukan maka boleh la dijodohkan dengan pulut kuning tu. sambal tumis pun LM buat sikit saja..

Versi orang malas.. Memang malas sangat lah nak kukus bagai mengotorkan kukus.. Hehe

Maka LM cuma masak dalam microwave saja.. Campur santan siap- siap dan masak. 20 minit dah siap. Ye lah.. Rendam pun agak lama pulut tu, cepat masaknya. Elok tak lembik walau tak dikukus.

Nak makan sendiri.. Tak kisah la kan? Tekak sendiri. Janji cukup lemaknya dah sedap. LM ni tak cerewet sangat bab makan ni.

Dulu masa hamilkan aqilah tiap hari jumaat LM akan ke kemasik dari paka semata- mata nak sarapan pulut kuning dengan sambal tumis di satu kedai ni. Jauh pun takpa.. Sanggup bangun awal sebab nak sarapan pulut.

Itulah rahsia kehalusan dan kemulusan muka LM ni.. Wahaha( jangan percaya.. Itu hanya poyo)

Okey lah.. Bak kata orang makan pulut ni tak boleh banyak, nanti angin, bisa urat. Takpelah.. LM jamah sikit saja sebab LM dah teringin sangat. Esok lusa atkins semula. Hihi.. Boleh pulak ek harini atkins esok tak?

Tu lah jadinya.. Bila dah lebih 5 kg lemak hilang dari tubuh ni hati mula goyah nak makan itu ini.

www.tips-fb.com

4 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

hoah..dah dekat setahun ni tak sentuh pulut ni kaklong. sahkan pulut kuning. pulut putih pun tak nampak kat sini. haha

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

haipp tak konsistennnnnn!!! tapi akak tak gemok pun lah! xyah la diet2 nnti tak ada tenaga la akak sayang

cik Anggur said...Reply To This Comment

tetiba lapar pulut kuning pulaksssss adehhhh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Janganlah cerita pasal pulut kuning, dah lama tak merasa. Memang betul kalau kami pun buat pulut kuning kalau ada hajat yang dah dimakbulkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...