Monday, June 23, 2014

Review: Dia Sayang Aku-Hanis Azla


Assalamualaikum..

Alhamdulillah minggu lepas LM sudah berjaya dapatkan novel yang LM tunggu lama untuk memilikinya..

Bagi mereke yang biasa berkunjung ke laman kak fea di www.hanisazla.blogspot.com pasti akan tahu bahawa akak manis ni punyai bakat menukis yang sangat tinggi. Lihat saja susunan ayat dalam tiap entri nya sudah cukup menambat hati pembaca inikan pula ayat dalam novel beliau.

Novel pertama kak fea( Hanis Azla) LM beli masa di Qatar dulu. Punyalah semangat nak memiliki hasil nukilan kak fea ni. Bila bersembang dengan beliau dia laman FB tempoh hati terus bagi tau nak beli novel terbaru beliau.




Haaaa tu dia. Padat dan terkesan di hati. Sangat bagus olahan cerita nya. Fir yang memang sejak kecil amat menyukai Zaira masih memendam perasaan walau bertahun tak bertemu. Dari rasa suka Fir mula ada perasaan cinta terhadap Zaira dalam diam kerana dia tahu amat mustahil untuk memiliki Zaira kerana dia telah dimiliki oleh Ikmal.

Kehadiran Sufi yang menjadikan kehidupan bahagia Zaira dan Ikmal jadi kucar kacir dan dingin telah menjadi penyebab kepada pertemuan Fir dan Zaira ketika Zaira membawa diri bercuti menenangkan hati yang lara di saat Ikmal bernekad memiliki Sufi buat kebahagiaan dirinya. Namun.. Hanya Fir yang mengenali Zaira hinggalah ke akhir percutian Zaira memang tidak mengenali sahabat zaman kanak- kanaknya Fir yang gemuk dan selekeh itu. Mungkinkah kerana Fir sudah berubah menjadi lelaki yang sangat kacak? Atau mungkin kah kemelut yang dialaminya buat Zaira tidak mengenali Fir langsung?

Fir yang sangat budiman, sentiasa menjaga Zaira dengan baik dan sentiasa menjaga batas di antara mereka mampu membuat hati zaira rasa disayangi di saat dirinya terasa sangat tidak diperlukan akibat masalah dan kemelut yang melanda dirinya antara dia dan Ikmal dan juga masalah salah faham antara diri nya dan mama.

Apakah kesudahan hubungan Zaira yang semakin pincang bersama suami tercinta Ikmal selepas Ikmal sentiasa melebihkan Sufi isteri keduanya dalam segala hal? Adakah Zaira membuka pintu hatinya untuk melihat kebaikan hati Fir walau dia tidak mengenali bahawa Fir adalah 'Abang' sahabat baiknya sejak kecil?

Jom dapatkan novel dari buku prima ni. InsyaAllah kalian tak akan menyesal.

Moga terus maju kak Hanis Azla..


www.tips-fb.com

2 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Suka baca novel juga ya? Samalah kita cuma sekarang ni kurang sikit concentrate membaca kecuali semasa menunggu anak saja.

Hanis Azla said...Reply To This Comment

as-salam LM.. wah..pandainya LM review.. sangat menarik cara LM memberikan ulasan.. sangat terkesan di hati akak.. Alhamdulillah.. tulisan akak kena dgn jiwa LM.. terima kasih banyak atas sokongan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...