Saturday, June 7, 2014

Rumah Kena Pecah

Assalamualaikum..

Zuhur semalam kami sampai di rumah dari bercuti. Bila tiba saja dah terkejut tengok pintu sliding dah terbuka separuh. Bila masuk rumah rasa macam nak gugur jantung bila tengok berselerak sana sini..





Rumah kami dipecah masuk pencuri. Mereka masuk dari bilik tetamu. Siap tanggalkan tingkap dan grill elok- elok. Tiap ruang bilik dan dapur habis digedah.

Kunci spare pun habis diangkut sekali. Apa yang aneh, pagar masih berkunci saat kami pulang. Mungkin mereka panjat tembok untuk keluar masuk.

TV, dua biji laptop, duit, barang kemas.. Handycam, camera.. Dan pelbagai barang bernilai habis dia angkut.

Trauma.. Masih trauma. Nak tidur malam pun takut. Risau mereka datang lagi. Beberapa barang berharga yang mereka berniat nak bawa pergi bersusun atas sofabed. Sama ada tak sempat ambil atau tak muat kereta atau.. Mereka plan nak ambil kemudian tup tup zuhur semalam kami dah sampai... Wallahua'lam..

Pertama kali menghadapi musibah begini.. Tak kuat.. Hati tak cukup kuat.. Masih mengigil ketakutan. Masih sedih mengenangkan barang yang hilang. Risau mereka datang semula.. Ya Allah.. Berilah keselamatan kepada kami sekeluarga.

Andai kata mereka orang asing, dengan cap jari yang ditemui tu mungkin sukar nak dapat tangkap, tapi.. Andai kata mereka orang tempatan... Cap jari mereka pasti dapat mengheret mereka suatu hari nanti.

www.tips-fb.com

14 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Allah hu akhbar. Risaunya bila jadi macam tu ya. Banyak kerugian satu, mengemas balik sakit hati, rasa tak selamat pulak. Trauma yang paling tak tahan..
semoga dapat dikenalpasti orang jahat tu..

Ann Ishak said...Reply To This Comment

kuatkan semangat ye, semoga sentiasa dilindungi dari segala musibah

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Ya Allah LM...besarnya dugaan..mmg trauma sbb takut dia dtg blk..risau plak.semoga keluarga kita sentiasa dilindunginya

:: Dhiya :: said...Reply To This Comment

Astaghfirullahalazim...

Banyakkan baca surah yasin. semoga Allah 'jentik' hati mereka untuk pulang cara elok atau Allah akan balas perbuatan mereka.

D ada buat entri ttg doa mohon barang curi agar dikembalikan.

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2014/02/doa-memohon-agar-dipulangkan-barang.html

Mama Safiy Arfan said...Reply To This Comment

Innalillah..bsr dugaan sis,mudahnye depa bt keje.siap angkut tv bagai..jiran2 xde ke? Semoga sis kuat hadapi seme ni

Anonymous said...Reply To This Comment

Tumpang simpati za.. Bersabarlah nnti allah gantikan balik dgn yg lebih baik. -syariena

MissNick said...Reply To This Comment

Ya Allah semoga mereka dapat balasan yang setimpal kat dunia dan akhirat...jahat betul...harap takde apa2 lagi lepas ni...doa banyak2 minta dijauhkan dan selamat semua...

Gee® said...Reply To This Comment

Ya Allah... k.gee tumpang simpati... k.gee pon baru2 ni terima nasib yg sama... sampai hari ini masih trauma...

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

buat kerja siang hari ke apa ni..
byk yg diangkut tu.. haishhhh

bersabar ye LM..
smga Allah berikan kekuatan memtal dan fizikal buat LM sekeluarga.. aamiin..

Aty_Fared said...Reply To This Comment

Innalillah.. ya Allah... semoga kuat semangat.. saya pernah lalui macam ni..tapi yang ni lagi teruk.. memang boleh trauma.. semoga keluarga berada di bawah lindungan NYA... amin..

deno said...Reply To This Comment

Ya Allah kesiannya akak.. Hmmmm family deno pun pernah kena kak, sama macam akak masa tu family takde kat rumah, laptop dan duit semua kena amik.... Masa kakak balik diaorang still ada dalam rumah mujurlah perompak tu tak buat apa2 diaorg lari keluar ikut tingkat bila sedar kakak deno balik uamh... Semoga kakLM sentiasa dilindungiNya ~

anamizu said...Reply To This Comment

Allahuakbar Ummi. banykkan berdoa ye ummi.. terkejutnya ana. baru tahu kisah ni. 2--3 hari lepas demam & x mampu nak online utk ziarah kwn2 blog.. kesiannya ummi sekeluarga.. tp alhamdulillah takde kecederaan apa2 kan ummi? semoga ummi sekeluarga terus diberi kekuatan & perlindungan oleh Yang Maha Esa. aminnnn

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

Awak..terkejut kita tengok awk post d FB aritu...semoga awak 1 family tabah..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Boleh tu buat kerja terkutuk di siang hari. Jahat betullah mereka ni. Memang dah takda kerja, nak mencuri hasil penat lelah orang lain pulak. Moga semangat LM sekeluarga kembali pulih seperti biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...