Thursday, June 12, 2014

Susun Atur Kembali- Kabinet Dapur


Salam buat semua...

Busy.. Sangat- sangat busy. Dari pagi menyusun atur semula kabinet dapur yang dah macam sarang tikus akibat digeledah dek penyamun aka perompak bongok lagi badigol tempoh hari.. Huhu

Tak la kemas macam kabinet korang.. Tapi sempat susun semula camni sajalah bahan membaking LM yang dah bercampur dan berselerak tu. habis paper cup, serbuk koko dan segala benda bercampur. Segala loyang kek dan acuan coklat serta acuan bahulu dah tonggang terbalik. Geramnyaaaaaa...



Kabinet tempat letak tepung dan bahan kering yang lain pun LM cuma susun ala kadar saja. Berkejar nak masak lagi, nak urus syafiq yang ngamuk guling- guling lagi. Nak pantau latihan budak bertiga tu lagi. Sobsss

Sambil menguli roti ni, nak buat juadah minum petang pulak. Kononnya nak buat serawa durian cicah dengan roti atau makan dengan pulut. Entah sempat ke tidak tak tau lah.

Moga hari ini lebih baik dari semalam. LM rasa nak pengsan menguruskan segala benda yang diselerakkan oleh penyamun bongok tu tau. Bongok la kan? Dah la jahat! Grrr.. Letih... Mood ke laut. Hati sakit tengok hasil kerja perompak ni tak siapa tahu.


www.tips-fb.com

8 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Haha. Dah boleh marah macam tu nampaknya trauma dah makin kurang ya. Lega sikit macam ni, dapat rasa LM makin tenang tu. Bagus dapat luahan apa kita rasa. Kemas pelan2.. tak pe..

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

Kak sabar ye kak.moga dorg mendapat balasan setimpal.

Mel said...Reply To This Comment

Dugaan..Allah nak bagi yang lagi baik tu.. Moga pencuri tu diberi hidayah la..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Astaghfirullah... kakak baru tahu. Apa motifnya diserakkan? Sabarlah dik. Ujian tu..

Kakak baru baca 2 N3 dibawah juga. Ingatkan ada cerita tapi tak ada juga.

Harap bersabarlah..

al- lavendari said...Reply To This Comment

Ya Allah .. dimasuki perompak rupanya. Mmg geram bila hak kita dicabuli.

najihah sahami said...Reply To This Comment

huhuhu...tabah ye kak...dugaan Allah..semoga akak dan keluarga kuat untuk menghadapinya.

Lelord said...Reply To This Comment

Xpe yangg pelan-pelan... Ada hikmah

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau dah diselongkar penyamun bongok cam tu, haruslah sakit hati. Dahlah kita kena kemas balik, dengan rutin harian yang tak pernah habis lagi, memanglah tension jadinya LM !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...