Thursday, June 12, 2014

Terasa Kehilangan

Salam buat semua...

Pasti ada yang perasan LM hilang dan menyepi semalam. LM ke mana?

Sebenarnya, seawal 9 pagi LM dah melawat ke rumah jiran selang sebuah dari rumah LM sebab dia akan berpindah ke ipoh semula. Makcik ni duduk sini dah 2 tahun setengah menemani anak bongsunya yang kerja di sini. Di sebabkan anaknya dah dapat kerja baru di ipoh maka makcik waidah ni pulanglah semula ke kampung halamannya di ipoh.

Alhamdulillah dua tahun mengenali makcik dan pakcik ni amat membahagiakan jiwa. Terasa di sayangi macam anak sendiri. Sentiasa dihulur pelbagai juadah hasil air tangannya. Mungkin makcik dapat hilangkan sedikit rindunya pada anak ketiga dia bila jumpa LM kot? Sebab dia selalu kata wajah LM iras anak ketiganya. Semalam berkesempatan jumpa anak dia dan... Owh cantiknya anak dia. Segan pulak LM kerana di samakan dengan wanita secantik itu..

Duduk sana menghabiskan masa bersama, sempat bancuhkan air untuk mereka dan ke sana lagi hingga jam satu tengah hari. Balik tu kalut- kalut masakkan gulai udang bersama pucuk ubi dan telur dadar saja untuk makcik dan pakcik makan lunch tu sebab dalam keadaan letih macam tu lebih baik makan dulu tak perlu singgah kedai untuk makan sebelum balik ipoh kot.. Itu yang LM fikir.

Hampir asar baru mereka gerak pulang ke ipoh. Hilang sudah tempat bermanja duduk di perantauan ni.. Sobsss

Balik tu, memang letih dan rasa nak pengsan. Dengan pinggan penuh satu sinki( hasil kerja empat anak comel ni), kain perlu di cuci lagi, nak lap sana lap sini lagi... Pitam!

Terasa hiba bila makcik dah pulang ke kampung tapi.. Andai ada kelapangan ke ipoh, akan LM jenguk mereka ke sana.

Semalam yang panas membahang, sibuk sampai ke maghrib.. Memang tak memberi ruang untuk bernafas pun. Eh ye ke tak boleh bernafas? Ehehe...

Apa pun maaf sebab menanti LM yang tak kunjung tiba, bukan lupa tapi tak sempat:) terima kasih setia membaca walau tak dibalas ziarah kalian.. Hari ni kalau anak- anak tak banyak ragam LM lawat laman kalian sedikit demi sedikit ye. Busy jugak ni sebab nak pantau latihan kumon mereka dan sains mereka. Nak naikkan aqilah dari book 2 ke book 3 buku bacaan english dia. Phewww... Macam busy je kan?

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau dah namanya blogger, sehari tak nampak up entri, tentulah tertanya-tanya kawan alam maya apa yang berlaku di luar sana :) Urusan seharian pun memang memenatkan, kalau ada masa terluang bolehlah up entri kat blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...