Saturday, July 12, 2014

5.30 Pagi?

Salam...

Pagi tadi rasa menggigil kepala lutut bila ayah budak ni kejut pukul 5.30 pagi. Hampir 5.30... Huhu

Sebenarnya dah sedar pukul 4 pagi layan syafiq. Lepas tu alarm bunyi pukul 4.30 LM tido semula konon kejap lagi bangun.

Padan la muka bila sedar jam 5.30.. Terus minta ayah dorang kejut budak. Laju- laju ambil pinggan sambil tu terus panaskan nasi dalam microwave. Panaskan seminit je pun. Ikan dan sayur pun panaskan seminit saja..

Anak- anak syurga ni tak angkat muka pun terus menyuap. Tak berani nak sok sek ok ekk mengada ngada. Dah lambat.. Nanti perut mereka juga yang lapar.

Sempat buat susu suam saja untuk diri sendiri. Maklumlah mampu suap nasi dua tiga suap saja.. Risau lapar tahap cipan pulak nanti.

Fuhhh mujur sempat sahur. Risau juga, ye lah qila kan baru enam tahun. Kalau tak sahur mau pengsan budak tu menyampai ke waktu berbuka.

P/s: sejak mereka bertiga ni puasa memang LM takut sangat kalau tak sempat bersahur. Diri sendiri lapar takpa, janganlah anak syurga ni tak bersahur akibat kelalaian LM akibat tak sedar.
www.tips-fb.com

8 comments:

uncle gedek said...Reply To This Comment

sempat kunyah tak...?

ke main telan je?

hehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Semoga hari2 seterusnya tak jadi lagi macam ni kan. Sian anak2 kecil yg berpuasa di bulan panas ni..

sud@is said...Reply To This Comment

boleh bayangkn Lm macam lipas kudung kat dapur..sbb pernah alami situasi yg sama..huh penat..mulut pun.

Mysara Ab Rahman said...Reply To This Comment

Even mai klu xsahur pn bdan msti akn lemah giler

Mila Hilas said...Reply To This Comment

mmg xkunyah tu telan je..kihkih

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang mcm lipas kudung bila lambat kan kak. kira ckup risau kalau lmbt jaga sbb ada budak kecik tu kang langsung xblh nk sahur bila dia bangun merengek huuu

ejulz said...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. sib baek sempat.. :)

Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sepanjang Ramadhan ni cuma sekali je tak sedar masa sahur. Samalah kisahnya. Jam dah berbunyi tapi boleh matikan jam tak bangun juga. Terus tersasar ke Subuh. Nasib baiklah si Abang memang sahur tak makan apa pun setakat minum air je, termasuklah kami lakibini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...