Sunday, July 6, 2014

Air Saja.

Salam...

Bila nak masak pasti pening kepala tak tau nak masak apa. Tadi gagahkan diri ke kedai bakery mencari balang kuih untuk isi tart nenas yang ditempah pelanggan.

Dalam perjalanan pulang sempat bertanya pada ayah budak ni nak makan apa untuk berbuka. Dia bagi idea laksa penang. Hurm okey lah LM on saja. Kalau ditanya tekak LM ni takda apa pun yang dirasa nak makan. Payau je... Orang tekak payau ni mana ada idea nak masak apa kan?

Dalam menahan sakit perut gagahkan diri buat kuah laksa. Kejap tido, kejap berguling.. Kejap baring kat dapur. Sambung lagi hiris ulam untuk laksa..

Tengok jam pukul 6.30 petang teringin pula nak makan popiah. Terus hiris sayur dan gulung.. Dapatlah dalam 20 keping kot. Sambil goreng buat sambalnya sekali. Sambil cuci pinggan..

Tengok ayahnya tak balik dari kedai bawa adik ad potong rambut LM lah yang belah kelapa muda empat biji yang dah dibeli tadi untuk juadah berbuka. Mak aiii.. First time belah kelapa sampai calar tiles dapur i kena parang tau. Nampak sangat tak reti buat kerja tau. Hihi

Berapa kali asah parang. Eh salah parang ke salah orang yang membelah kelapa tak tau lah. Siap sediakan air semua, bila tiba waktu berbuka macam biasa duk sambar 4-5 gelas air .. Jamah popiah 3 keping terus penuh perut. Laksa?? Err takpalah.. Takda nafsu nak makan.

Tu lah yang selalu terjadi. Masak lah apa pun. Yang akan dicari cuma air saja time berbuka. Bila nak tidur terasa pedih perut kelaparan.. Esoknya badan lemah longlai sebab tak makan time berbuka dan sahur.

Sampai bilakah baru ada nafsu makan? 4 bulan lagi? 3 bulan lagi? Biasanya begitulah..

Ye.. Menjawab soalan dan pertanyaan sudais, aisy nasihah dan syariena.. Alhamdulillah diri ini akan menerima insan baru pada tahun hadapan. Doakan kami sihat ye.
www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah.. ahli ke 7.. tahniah LM. Semoga sihat dan sabar mengharungi detik 9 bulan ni. Syafiq dah nk jadi abang ya.. waaa..

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Tahniah dik.... Lama Akak x singgah sini... Tetiba ad kabar gumbira... :-)

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

oooo, patutlah, tak berselera. Tahniah LM. Join club Yus, hehe....sama kita lepas ni, geng anak 5....:)

Jaga kesihatan, makan juga sikit ya...risau takut apa2 kan.

Apa pun congrats...:)

Anonymous said...Reply To This Comment

Alhamdulillah seronoknyaaaaaa....tahniah zaaa... -syariena

Mummydearie said...Reply To This Comment

Lupa nak ucap tahniah tadi. Jaga diri baik-baik ya.

Bulan puasa ni memang kalau boleh waktu berbuka tu nak gapai air dulu. Dah minum bergelas-gelas, memang takda apalah dapat merasa. Kembung terus jadinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...