Friday, July 4, 2014

Ayam Goreng Yang Sedap?


Salam...

Tak la sampai tahap merangkak.. Tapi punyalah tak larat nak berdiri lama memang tak mampu.

Asik gelap mata nak tumbang je rasa. Stress memikir bila nk start buat biskut lagi.. Masa ambil tempahan diri sihat tup tup sekarang ni hailaaaaaa

Bila tak sihat memang takda selera makan. Tak reti nak masak apa untuk orang lain. Makanya semalam LM cuma buatkan ayam
Goreng bertepung yang sedap ni untuk mereka. Aritu dah buat... Memang sedap. Kali ni buatlah lagi..

Resepi pun LM dapat dari sahabat yang duduk di mekah, kak tahrunnisa. Nampak dia share resepi terus LM salin.




Macam ayam kfc.. Rangup. Bahan pun mudah saja, tepung gandum, tepung jagung dan tepung pulut saja selain rempah ratus yang mudah.

Resepi?

1kg ayam

Bahan perap: 2 ulas bawang putih
Lada sulah
1/2 sk baking powder
1 sb cili serbuk
* perap ayam dgn bhn ini

Bahan campuran tepung:

11/2 cawan tepung gandum
11/2 cawan tpg jagung
1 sb tpg pulut
Garam
Lada hitam
Lada sulah
1/2 sk baking powder
2 sb cili serbuk
2 sk serbuk kunyit( sy tambah)

2 biji telur( kacau)

Cara: perap ayam dalam30 minit. Salut dgn telur yg dipukul tadi dan salut dgn campuran tpg td.goreng hingga garing.

Jika kalian nak rasa pedas pandai- pandai lah tambah serbuk cili atau serbuk kari lagi dalam bahan tu ye. Boleh salut banyak- banyak dan difrozenkan. Bersih dan sedap pastinya istimewa untuk keluarga tersayang.

www.tips-fb.com

6 comments:

safurara said...Reply To This Comment

sedapnyaaaa kakkkkk! nt nk try lah!

Shark Kay said...Reply To This Comment

adeh...
xleh tgk gambo nie.
bikin kurus puasa
hehehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kalau rumah kakak ni ayam goreng jugalah yg anak-anak suka apa lagi LM yg anak-anak masih kecik. Mereka memang suka ayam goreng kan..

D.Shahril Hakime said...Reply To This Comment

lama awok tak kesini..... bulan pose ni... ape je gmabo pasei makan mmg nampak sedap.....sabo..sabo...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Tahrunnisa, wah nama kawan LM ni lawa n unik la. Khairunisa biasa jumpa.. tahrunnisa apa ya makna, saya nk tanya org yg faham bahaaa arab..

Nak salin resepi ni.. menarik nampaknya tu..nampak rangup.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ayam goreng kegemaran anak sulung saya. Nak salin juga resepi ni. Bolehlah dicuba nanti. Stok ayam memang sentiasa ada sepanjang minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...