Monday, July 14, 2014

Chicken Chop La Pulak...


Salam..

Alkisah ni cerita sabtu lepas. Sebenarnya sejak dari pagi jumaat LM dah terbayang- bayang chicken chop dengan sos cendawannya. Tekak mula merayu- rayu .,

Kononnya terus sms ayah budak ni mohon bawakan ke kedai lepas terawih. Ye lah.. Bila lagi la nk cari kan.. Tapi, lepas berbuka tu LM terus flat. Memang tak boleh bangun muntah sampai lembik.

Bila mengadap cerita anaconda di tv3 tu terus la tak mampu nak bangun lagi. J bergerak dari pukul 10 menuju ke 11 lebih malam tapi masih tak bersiap.

Akibat lemah sangat badan tu maka LM kata takpalah.. Beli saja bahan nanti LM masak resepi simple- simple saja..kebetulan sibuk mencari alat keselamatan untuk rumah, pukul 6.20 petang baru balik. Kalut la sikit memasak dengan badan dah macam kangkung layu tu.. Huhu



Simple.. Ops coleslow lupa nak tuang .. Buat 8 set, dapatlah anak- anak ni mengulang makan sampai ke sahur. Ummi? Hehehe.. Punyalah nak makan, sampai tido malam sabtu tu meleleh air mata sebab menahan teringin tu tau. Ingatkan makan banyak la bila dapat tu. rupanya hanya mampu makan separuh saja lepas tu mula menahan mual.

LM rasa... Orang yang tak mengandung kena banyak sabar dengan orang mengandung ni. Kalau nak makan kemain lagi dia nak. Bila depan mata cuit sikit terus takmo makan.

Pelik betul cara mengidam kali ni.. Macam masa hamilkan syafiq . Tak lalu makan sangat. Masa hamilkan maisarah walau tak lalu makan tapi kalau ngidam pizza sekali makan 4 potong boleh habis. Tapi kali ni? Hurmmm

Sebelum tidur wajib susu segelas kalau tak memang pedih perut. Sahur pun segelas susu dan sebiji tamar. Itu saja yang mampu ditelan dan tak muntah. Benda lain kalau paksa makan mesti akan keluar balik sampai muntah ikut hidung. Allahu akbar.. Seksanya..2 kg lebih dah turun berat ni. Huhuhu

P/s: gambar ni sekadar menyerikan jalan cerita. Bukan niat nk buat korang terliur jauh sekali untuk riak atau tunjuk aku ni konon pandai masak ke apa. Cerita panjang-panjang boring la pulak takda gambar. Dah memang selalunya tepek gambar .. Hehe
www.tips-fb.com

8 comments:

Cik Aish said...Reply To This Comment

sedapnyaaaa

Hidayah A Kassim said...Reply To This Comment

macam best je..tak penah buat sendiri.. Biasalh org pregnant tp syukurla masih boleh berpuasa kan.. berbuka ngn sahur jgn tak makan pulak ye..

sud@is said...Reply To This Comment

Orang megandung kalau dia nak dia kan buat dan kuat plak tu.....
anak lelaki kot...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga alahan LM ni utk sementara masa je ya.. sabar banyak2.. best makan chicken chop homemade tu.. bagus sangat anak2 dpt makan banyak...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Bertabahlah dik.. ujian sikit walau sebenarnya agak berat utk menanggung sebab ada anak-anak nak dijaga. Tapi yg pasti akhirnya akan ada 'hadiah' teristimewa buat keluarga. Sabarlah...

Kira Sakura said...Reply To This Comment

moga sekejap aje la alahan akak ni amin amin

Ann Ishak said...Reply To This Comment

sabar ye, dugaan mengandung jugak tu :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Orang pegnen memang gitu kekdahnya, LM. Saya masa mengandung dulu bukan main minat gila nak minum Coke. Makan durian habis sebiji tau. Bukan seulas, sebiji durian tu saya tibai :) Sampai doktor kata takut baby besar, baru insaf. Tapi dah berbiji-biji durian masuk perut. Dah seminggu dua kali gi borong durian :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...