Friday, July 4, 2014

Cili Dan Bawang Kisar- Tip Memasak Dengan Pantas

Salam..

Hai.. Dah siap masak? LM belum siap masak sayur dan nasi lagi. Baru siap buat sambal udang.


Memandangkan kesihatan LM terganggu dengan teruk sekarang ni maka urusan memasak amatlah menyukarkan dan jadi rumit.

Kerja memasak dua tiga jenis lauk bukanlah memerlukan masa yang panjang di dapur namun bila empunya diri tak mampu nak berdiri lama asik nak pitam mana boleh buat kerja sambil berdiri dan laju- laju ye dak?

Maka... LM gagahkan diri juga hari ni siapkan stok cili kisar dan bawang kisar agar urusan memasak tidaklah makan masa yang lama.

Bila bahan dah tersedia lebih cepat proses memasak. Ayam ikan mahupun daging yang dibeli biasanya ayah budak ni dah beli siap siang. Siap potong dah. Kalau daging tu dah siap potong kiub. Maka terus basuh dan rebus saja.

Bila tak larat jadi macam ni lah.. Semua benda perlu tersedia. Kalau beli daging atau tulang tu siap- siap rebus. Nanti nak guna dah jimat masa terus tumis saja.

Masih tak jengah bazar ramadhan lagi. Masih belum intai kuih dan lauk pauk yang orang selalu rungut basi dan tak sedap tu lagi.. Mampukah tahun ni berazam macam tahun lepas tak mau beli sebab sakit hati kes basi tu? Hurmm moga terus diberi kekuatan agar mampu memasak makanan sihat dan bersih untuk keluarga.. Amin

P/s: doakan LM sihat ye
www.tips-fb.com

2 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

btol Lm masak bodo2 ciput sedap berkhasiat..blum p lg pasar Ramadan tahun ni....jom masak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun buat begitu. Sediakan stok bawang, bawang putih dan lada kisar untuk seminggu. Balik kerja teruslah masak. Habis cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...