Monday, July 21, 2014

Demam

Salam..

Dari malam tadi demam sampai rasa nak berdiri pun tak larat. Sebelum tidur dengan muntah macam nak keluar segala isi perut.. Huhu

Bila sahur pula sah- sah tak mampu nak telan makanan. Hanya susu dan sebiji kurma saja. Usaha menyuap dua tiga sudu mee tak berjaya sebab tiba- tiba rasa mee tu macam bau bangkai.. Adoii apa punya perasaan pun tak tau.

Entah la.. Sejak hamil ni segalanya berubah. Pewangi yang dulu jadi kegemaran LM akan bertukar jadi bau yang sangat busuk. Bau downy merah tu dah macam bau kapur barus. Pening sangat baunya.. Sampai tak mampu nak peluk syafiq sebab pening bau baju dia..

Bau nasi yang baru dimasak amat memeningkan.. Semua benda jadi busuk. Arghhh.. Jangan tiba- tiba tekak yang tak boleh terima budu ni teguk budu macam minum jus sudahla.. Ekeke..

P/s: doakan LM cepat sembuh, tak masak apa pun lagi ni untuk berbuka.
www.tips-fb.com

5 comments:

uncle gedek said...Reply To This Comment

sabo je la...

cepat semboh ye!

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Moga cepat baik ya LM. Dugaan ni moga membuatkan pahala ramadan LM lebih bertambah. Insya Allah.k

Kira Sakura said...Reply To This Comment

haaaa cuba la kak. mana tau kot benda xleh makan sblm ni blh makan dah time preggy skang ni

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

semoga cepat baik kaklong. hehe..makan kurma dengan susu tu dh okay dah tu. kurma banyak zat tu..makan lebih sikit pun takpe

Mummydearie said...Reply To This Comment

Teruk juga penangan kali ni ya. Takpalah LM, semoga cepat hilang mabuknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...