Wednesday, July 23, 2014

Lamanya Tak Makan Nasi

Salam...

Petang Tadi sibuk dengan hal sendiri urus langsir dan kain yang tak berlipat tak intai handphone sebab syafiq sibuk layan upin dan ipin. Rupanya big boss sms bagi tau hari ni tak payah masak sebab nak berbuka nasi briyani gam johor. Err briyani? Yeayyy

Apa yang LM perasan kalau orang lain masaj boleh pula LM makan. Hari tu masa majlis buka puasa kat PASTI LM dapat menyuap, terasa sedap sungguh gulai kambung dan kurma ayam masa tu. tapi kalau masak sendiri tak boleh telan pula..

Maka, sebab dah lama tak makan nasi teruja lah dengar nak makan nasi briyani. Bila bos besar call tanya nak briyani apa terus cakap nak kambing macam biasa.

Disebab kan kami ni kalau berbuka memang minum air banyak, so.. Dua tupperware lah LM angkut air. Siap ada teh o dan bandung lagi. Air order kira lain tu.. Ekeke..( konon nak cover air yang keluar sebab muntah la kan..)

Alhamdulillah.. Sedapnya nasi. Mujur Allah kurniakan rasa sedap untuk juadah hari ni. Lama tak makan nasi terasa kenyang sungguh perut ni. Bila balik rumah rasa bergelodak perut. Laju- laju cari minyak cap kapak.. Risau keluar balik nasi tadi ... Huhu

Pertama kali berbuka di luar sejak ramadhan ni. Biasanya memang masak. Tak pernah lagi beli ke apa. Nasi briyani gam .. Biasalah, kegemaran orang johor. Memang beberapa bulan sekali LM akan cari briyani. Selalu tak boleh la, muak!

www.tips-fb.com

1 comments:

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

alhamdulillah..dapat jugak merasa nikmat sedapnya makanan kan time preggy nih..rin masa preggy pun sllu tak blh nak telan nasi..alahai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...