Tuesday, July 8, 2014

Mencuba

Salam..

Hari ni rasa larat sikit nak bangun berbanding beberapa hari lepas. Menjawab soalan tina, ye.. LM masih boleh puasa, paksa diri puasa walau melepek macam kain buruk kat lantai. Setakat ni belum tinggal lagi puasa walau tahap muntah sampai pahit tekak.. Huhu


Hari ni masak menu nasi hujan panas bersama dalca dan juga ayam masak merah. Acar mentah tak siap lagi.. Err tauhu sumbat tak siap sumbat lagi tapi dah siap goreng dah. LM perlahan lahan masak sikit- sikit.. Dalam keadaan macam ni mana boleh sekali buat.. Huhu mau pengsan nanti

Hari ni juga untuk pertama kalinya LM mencuba dua benda baru. Cuba buat homemade soya bean dan juga cuba buat tauhu isi ayam. Ala.. Tauhu dan tauhu telur yang dikisar bersama isi ayam dan dikukus lepas tu kita goreng celup telur tu .. Tengok orang buat nampak menarik, tu yang cuba nak buat.

Biasanya orang campur isi udang tapi LM tengok muka udang pun nak muntah( meluat tahap gaban sampai muntah ek? Ekeke), maka setakat ni ayam sajalah dulu.

Nampak gayanya menjadi dengan cemerlang air soya LM tu, err tauhu tu tak tau lah lagi. Okey lah.. Nak sambung sumbat tauhu, nak pergi buat acar mentah(jelatah) nak intai nasi.. Sebab belum warnakan lagi( katanya nasik hujan panas haruslah merah hijau kuning kan?)

Uish macam gi kenduri ek? Menu kemain banyak.. Malam karang puaslah lenguh kaki.. Sobss

Korang rasa LM makan ke apa yang LM masak ni? Hurmmm rasanya macam... Tauhu isi ayam tu saja yang LM mampu telan . Lainnya biarlah jadi jamuan mataku saja..

www.tips-fb.com

3 comments:

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

Rajin LM masak macam2 dalam tak berapa sihat tu...

Yus suka air tahu, tahu sumbat, semua berasaskan soya suka...hehe

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kuat dan gigih sebagai ibu walau melepek hajat nak masak sedap-sedap tetap ada...

Moga terus sembuhlah dik..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Walaupun tak sihat tetap juga masak macam-macam menu untuk keluarga. Gigihlah juga LM ni. Puasa pun tak tinggal lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...