Wednesday, July 9, 2014

Moga Semangatku Tidak Luntur

Salam...

Ni kisah petang tadi. Akibat alahan yang dihadapi memang nasib tak menyebelahi diri. Tak boleh buat apa hanya melepek sampai jam enam petang.

Tengok jam dah pukul enam petang hati mula risau. Apa menu untuk disaji buat kesayangan hati ummi? Sejak pagi adik ad dah tanya ummi nak masak apa? Adik ad nak air teh ais ye nanti? Mampukah diri ini memasak? Dup dap dup dap.. Rasa nak migrain bila tak datang idea nak masak apa. Dah la cili kisar dan bawang kisar kehabisan stok. Huhuhu

Akhirnya ku sarung apron dan terus membasuh cawan dan pinggan yang penuh sinki tu . Pinggan mangkuk makan sahur tadi.. Huhuhu. Tiba- tiba teringat akan bihun yang ada dalam simpanan. Terus rendam bihun faiza tu. Dalam hati terus berdoa agar kekuatan dan semangat untuk memasak hidangan berbuka diberi oleh Allah buat diri ini hasil tegukan susu suam dan sebiji kurma pagi tadi.

Perlahan- lahan kupas bawang sambil bersimpuh ala- ala gadis melayu terakhir . Sambil melayan celoteh adik syafiq yang nak itu ini . Kejap nak air kejap nak buah..

Kisar semua bahan dan terus tumis. Sambil tu terus hiris daging dan fish ball serta sayur. Ikut kan hati nak saja minta ayahnya beli saja juadah berbuka tapi.. Takut pula keracunan makanan.. Ye lah, tau sajalah masakan luar ni belum terjamin keersihannya apatah lagi kesedapannya di lidah anak- anak.

Syukur.. Menjelang 6.25 petang sedang kacau mihun yang berat sekuali tu datang satu tangan ambil alih sudip. Ayah mereka dah pulang.. Terus tak cakap apa duduk hilangkan rasa pening dan gelap mata . Rasa nak pitam memang asik duduk bangun dari mula menumis tadi.

Apa yang hati ini berharap dan terus berharap.. Agar semangat untuk memasak tu tidak akan luntur walau kekuatan tu memang tiada sebenarnya..

Ye... Orang lain pun hamil juga tapi tak macam saya. Elehhh setakat hamil pun macam tu sekali?

Orang yang Allah beri kesihatan yang baik sepanjang hamil mungkin akan kata begitu. Takpalah.. Ini bahagian saya. Mungkin nasib kalian tak seteruk saya.. Kerana itulah Allah sentiasa mudahkan urusan bersalin saya yang hanya sakit beberapa jam dan nampak lebih mudah dari orang lain.

Tak kena pada diri sendiri kita tak tau.. Jika Allah beri kita lebih baik dari orang lain tu bersyukurlah. Bukan mencebik dan memperlekehkan kesakitan insan lain. Takda siapa yang nak sakit sampai tak mampu menyuap nasi ke mulut. Tiada siapa yang mahu berpuasa tanpa mampu menelan sebutir nasi ke tekak sendiri.. Wallahua'lam.

www.tips-fb.com

7 comments:

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

Moga terus bertahan ya LM demi suami dan anak2.

Yus faham, masa peknen Amani dulu, macam nilah juga, melepek je rasa, tapi awal2 je lah, masuk bulan ke 4 ok.

Melati Qistyna's Mummy said...Reply To This Comment

Bertabah la ye dik... Ada hikmah dsblknya.... :)

Akk pon windu adikkkkkk

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

besar pengorbanan awak utk keluarga..moga awak diberi kekuatan dan semangat yang berterusan demi anak2, suami, diri sendiri serta baby yang dikandung

take care mydear

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nasib kita semua memang tak sama, LM. Mungkin orang rasa kita mengada-ngada, sedangkan orang lain pun mengandung juga. Tapi kalau tak kena, memanglah tak tahu sengsaranya. Masa mengandungkan Abang dulu, mudah semudah-mudah dari awal hamil hingga Abang lahir. Bila dijahit pun tak perasan :) Tapi bila mengandungkan si Adik, dari awal hamil sampai genap 9 bulan, merana badan serba tak kena jadinya. Lahir pun ikut tingkap bila semua nampak serba tak keruan. Bertabahlah ya. Ada hikmat di sebalik segala kesusahan yang ditanggung. Fikir yang elok-elok je.

P.S. Masa saya dulu, langsung tak leh bangun dari katil. Malam asyik menangis je. Kira LM ni kuat semangat jugalah!

uncle gedek said...Reply To This Comment

dah banyak posting asik takde gambar hiasan ni...?


(uncle suka tengok gambar... hehe)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kuatkan diri demi baby ya. LM cuba buat setakat yg mampu ya.. jangan paksa. Kena juga fikirkan 4 anak yg lain terutama syafiq yg masih perlukan banyak perhatian LM..

ejulz said...Reply To This Comment

smoga dipermudahkan segala urusan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...