Tuesday, July 8, 2014

Pedih Perut Sampai Tak Boleh Tidur

Salam...

Malam tadi awal juga landing atas katil. Terasa sangat nikmat dapat melayan mabuk dan sekalian terus tidur. Tapi... Bila tengok dah dekat jam 10 malam terkenang pula ada baju yang tak disidai lagi. Bangun pula menyidai baju kat luar.

Buang sampah bagai... Tengok lantai porch kotor mengemop pula. Bila dah berpeluh sakan tu jam dah pukul 12 tengah malam. Dalam terkebil- kebil paksa diri tidur masih tak mampu lena walau dah hampir jam satu pagi

Akhirnya baru sedar yang perut pedih lapar sangat sebab tu tak boleh tidur. Ye lah.. Berbuka dengan tiga biji karipap saiz kecik tu dengan teh ais manalah boleh tahan sampai pagi kenyangnya.

Terpaksa bangun bancuh susu pula. Dah lewat tidur memang susah nak lena . Pusing kiri pusing kanan masih terkebil- kebil. Baru nak lena syafiq pula kejut minta susu. Haishh akhirnya pukul 5 pun payah nak bangun siapkan sahur..


www.tips-fb.com

3 comments:

Sidratul Muntaha said...Reply To This Comment

ehehe
sabo jelah aku
ahahah
lapo rupanya
samalah
2 -3 malam tak boleh tido
panas cuaca sekarang

Tina Othman said...Reply To This Comment

boleh puasa dah ke miza, take care ye

Mummydearie said...Reply To This Comment

Minum teh ais je dengan 3 keping karipap? Orang yang tak mengandung pun tak tahan lapar nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...