Wednesday, July 16, 2014

Pemandu Gangster- Pemandu Perempuan Pun Ada?


Salam..

Dari semalam penuh kat fb cerita kebiadaban pemandu wanita dengan gaya gangsternya mengamuk maki hamun uncle yang secara tak sengaja telah melanggar keretanya.

Tak sangka akibat amarah, sikap barannya sepatutnya dia yang jadi mangsa( kereta dilanggar) tapi sebab baran dan tak boleh lebih kurang tak tau handle amarah terus kes ni jadi isu besar sampai jadi kes polis bagai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya.

"Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu.

"Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya.

Sumber: Malaysiakini(BM Version)

- rupanya sebelum kemalangan wanita ni ada kes dengan kereta lain juga katanya, wallahua'lam... Moga jadi iktibar pada kita semua. Apa yang tak syok bila jadi macam ni nama baik wanita, nama baik agama turut tercemar.

- alamat, fb dan twitter si pelaku habis digeledah orang ramai akibat panas hati tengok kebiadaban dia pada uncle tu.

P/s: LM tak mention nama dia, kereta apa dia pakai, dengan kereta apa kemalangan tu terlibat. Cuma jadikan pengajaran.. Nak buat apa pun kena fikir . Budi bahasa budaya kita. Islam itu indah..






www.tips-fb.com

2 comments:

ctpayong said...Reply To This Comment

apa pun kita wajar kawal amarah dan kawal juga rasa panik. baik utk kesihatan kita juga.

wallahua'lam

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memalukan diri sendiri jadinya. Itulah bila amarah menguasai diri. Sendiri yang susah. Kena ambil ikhtibar. Kita tahu dia mangsa tapi janganlah mengamuk sampai macam tu sekali. Bak kata suami saya, kalau dialah lelaki yang kena amuk dek wanita ni, dah naik kaki ke muka perempuan nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...