Thursday, July 17, 2014

Sup Atau Asam Pedas?

Salam..

Sebenarnya hari ni tak tau nak masak apa. Sampai petang masih takda idea. Sah pukul 4 sms big bos minta dia belikan mee konon nak goreng mee saja untuk berbuka nanti.

Tup tup dia reply kata dalam peti sejuk ada ikan merah dan ikan cermin dia beli pagi tadi. Mak aiii bila dia beli? Sah time tu LM sedang lena diulit mimpi.. Ekeke( sejak hamil dan alahan ni memang tak boleh tengok matahari pagi, so jangan pelik kalau pukul 10 baru LM bangun tido lepas anak gi sekolah)

Err dah kalau ada ikan merah tu barulah semangat nak masak. Ikan kesukaan budak- budak ni. Sup? Asam pedas??

Bila teringat sup semalam dah buat sup ayam makan dengan mihun dan nasi impit. Kembang terus tekak membayangkan sup ikan. Err kalau dah kembang tekak tu alamatnya kalau masak sah- sah LM tak boleh telan nanti. So, masak sajalah asam pedas lada hitam style johor area kluang masak.

Kot la boleh makan.. Lama tak makan nasi.. Sobsss

www.tips-fb.com

1 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kalau ikan merah tu memang asam pedaslah paling nikmat. Membayangkan aje dah terliur ni, LM tapi citarasa orang mengandung ni berbeza sikit kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...