Saturday, July 5, 2014

Tak Payah Paksa Sangat

Salam...

Buat pertama kalinya mengharungi ramadhan dalam keadaan lemah macam ni. Bila tak mampu makan dan gastrik yang sentiasa menemani hidup pastilah diri dah macam zombi.

Entah lah...

Teringat kisah semalam. Sebab badan lemah saya paksa diri makan nasi lebih dari tiga suap, paksa diri makan oat dan kurma tiga biji. Disudahi dengan segelas air. Akhirnya terpaksa dipapah ke bilik air. Muntah tiga kali dan tak sempat teguk air dah azan subuh. Pukul tujuh pagi perut dah pedih. Seksanya menanti waktu berbuka.

Akibat pengalaman semalam, pagi tadi memang tak paksa diri. Dua suap nasi memadai. Sebiji kurma ditelan bersama segelas susu. Sambil mengadap tv cuba minum segelas air kosong. Cukuplah.. Moga ia memberi tenaga.

Ye.. Tak mau paksa diri makan. Bukan nya memberi tenaga tetapi memberi lebih penyeksaan terhadap diri bila muntah berkali- kali.

Kalau rasa nak makan starwberi telan saja sebekas. Kalau rasa nak susu telan saja mana yang boleh. Kalau rasa nasi dan ikan bilis itu saja sudah memadai walau dua tiga suap.

Keberkatan bersahur itu yang dicari. Moga ia memberi berkat dan tenaga buat diri ini. Berbuka pun cuma mampu teguk air. Makan apa pun tak jalan.. Huhu..seminggu puasa boleh turun berkilo- kilo. Ni bukan sebab puasa tapi sebab lepas makan akan muntah. Bertabahlah hati..

Lepas ni siapa nak offer job boleh bagi surat tawaran. Malas dah nak buat tart.. Nak buat kerja yang best dan tak pakai tenaga sangat. Nak bersara lah kejap sampai kesihatan benar memuaskan.. Huhu..

www.tips-fb.com

2 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

Lm kenapa begitu sekali sianya...Lm mengan.....erkkk

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, alahan rupanya! LM baru tahu ke yang diri berbadan dua atau memang dah tahu ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...