Friday, July 18, 2014

Takziah Buat Keluarga Mangsa MH17

Salam...

Takziah buat keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas yang melibatkan MH17. LM pun lambat tau tentang berita ni masa sahur tadi sebab semalam lepas buat biskut terus masuk tidur . Kebetulan muntah teruk sampai lima kali pula, Lemah longlai badan terus terlena.

Macam- macam perasaan ada bila tahu berita ni. Selain sedih, rasa sebu perut pun ada mengenangkan suami selalu ulang alik armsterdam -kl, kl - armsterdam bila out station ke sana.

Ajal maut di tangan tuhan, tak mampu kita ketahui bilakah ajal kita tiba, namun... Adakah kita telah bersedia untuk hadapi entah bila giliran kita pula?

Al- fatihah( marilah sama- sama sedekahkan kepada saudara seagama kita yang terlibat)


www.tips-fb.com

4 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Siapa pun sedih dik. Bayangkan yg 4 bulan lepas tak tahu bayang hingga kini tetiba hari ini sekali lagi kejadian dahsyat menyayat hati...

uncle gedek said...Reply To This Comment

pray for #MH17

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

ujian buat mereka..moga mereka yg muslim semuanya aman di sana..kuat muntah kaklong.. jaga kesihatan kaklong.. :)

Mummydearie said...Reply To This Comment

Sedih bila dengar perkhabaran MH17 ni. Moga keluarga yang ditinggalkan tabah menghadapi dugaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...