Tuesday, August 26, 2014

13 Minggu

Salam..

Alhamdulillah.. Belek punya belek kalender baru perasan dah masuk pun 13 minggu rupanya kandungan LM ni.

Setelah alami keguguran yang lepas memang LM takut sangat kandungan kali ni nasib tak menyebelahi diri ini. Mungkin pada yang tak pernah alami keguguran tak tau bagaimana sedihnya bila bayi kita gugur. Biar gak pernah hamil daripada hamil dan berharap ia lahir tapi akhirnya gugur pula:(

Apa pun rezeki tu Allah yang beri, gugur pun tetap dapat saham akhirat, jangan lupa tu. kali ni memang terasa sangat lesu sepanjang morning sickness ni. Lalui ramadhan sampai melepek.. Kejap aje dah nak tiba raya haji rupanya.

Tadi LM google besar janin anggaran 7-8 cm anggaran 23 gram. Masih kecil.. Moga ia berkembang sempurna dan sihat hendaknya. Buat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan keselamatan kami, jutaan terima kasih LM ucapkan. Moga kalian juga beroleh kebahagiaan dunia akhirat, amin
www.tips-fb.com

3 comments:

BungaTulip said...Reply To This Comment

Salam LM
awal awal mengandung ni kena jaga kesihatan tau..xmo buat keja2 berat.byk kan berehat

Kira Sakura said...Reply To This Comment

due akak dalam awal atau hujung bulan 3 taun depan la kan? tak sabarnyaaaa nak tengok anak buah baru lagi heeeee :D

Mummydearie said...Reply To This Comment

Baru lagi ni, LM. Kena banyak berehat. Jaga diri baik-baik. Harapnya morning sickness tu cepatlah berlalu ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...