Saturday, August 23, 2014

Ada Open House Lagi Ke?

Salam...

Bangun pagi memang rasa tak larat. Dari malam tadi memang asik nak pitam je. Gagahkan diri join bbq geng motor cyberjaya. Telan ayam panggang rasa dah berair mata macam nk muntah dah.. Sobsss

Menanti encik Z habis borak rasa macam nak terjun kolam renang kat situ. Bulan bintang semua dah nampak, nak berdiri pun tak larat:(

Sebelum tido terbaring melepek jelah. Pagi tadi baring lagi lepas kakak gi sek(ada sekolah ganti). Kejut acha da adik ad suruh bersiap nak gi sarapan dan jamuan raya PASTI. Konon jamuan jam 9, so nak gi pekena tosei dulu isi perut yang dah mendayu lapar ni

Tapi encik Z kata dah pukul 9 terus je pergi ke jamuan. Haha.. Sampai PASTI baru ada beberapa orang, segan nak jadi antara tetamu terawal(macam lapar sangat pulak kan..) terus ke kedai mamak. Yes!! Dapat tosei

Makan tosei dan ayam goreng, baby hepi ummi pun hepi. Terus ke jamuan raya pula, mampu ambil 2 sudu je mee goreng. Banyaknya juadah, nampak ada mee kari bagai.. X mampu ummi nak jamah pun.

Lepak sana dan balik nak siapkan adik ad nak gi sekolah pulak. Layan mabuk.. Sobsss. Basuh kain bagai, jap lagi nak kena gi jemputan lagi.. Banyak pula jemputan hari ni. Tekak mampu telan tosei je. Camne tu? No dah lapar.. Tapi, mana lah ada tosei kat house tu.

Harapnya adalah juadah yang mempu ditelan. Sian tuan rumah masak nanti tak jamah kecik hati pula.

Tiga rumah nak dituju.. Malam pun ada jamuan tapi tak mampu nak gi kot malam ni. Tak minat nak join kalau siap ada artis bagai. Makan pun pasti macam duk asrama kena beratur. Mana larat.. Nak berdiri lebih lima minit pun dah pitam. Huhu:(

P/s: raya tahun ni gi open house rasa cam apa je. Semua makanan tak mampu nak makan sangat




www.tips-fb.com

4 comments:

Shark Kay said...Reply To This Comment

hehe..selagi bulan syawal ada slagi tu ada open house.

sud@is said...Reply To This Comment

hari ni pun ada jamuannn,, jom makan lagi soto, ketupat rendang, laksa mee bandungg...

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Hari sabtu ya? Kami pun , ada pergi ke open house yang tetamunya ramai sangat.. beratur bagai nak ambil makanan. Kejar anak sana sini, menjelang balik dah habis tenaga yang diserap tadi tu.. hihi..

Sabar LM, insya Allah tak lama dah tu. Kot nati boleh makan macam2, jadi mengidam pulak..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Orang susah hati berat naik masa raya tapi LM patut gembiralah sebab berat tak naik sebab dok makan je :)

Tahun ni jemputan open house menyusut sikit so takdalah dapat pulun makan sungguh-sunguh. Hahaha, sungguh tak tahu malu saya ni tau :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...