Thursday, August 14, 2014

Buah Bidara

Salam..





Buah bidara ni kami tanam di luar kawasan rumah. Alhamdulillah memang sentiasa lebat berbuah. Dulu tak tau nama buah ni bidara. Sebab orang kampung ada juga yang panggil buah mata kucing kampung yang kecik- kecik isi nipis tu buah bidara.

Bila sampai qatar ada ramai pak arab jual tepi jalan dia kata epal doha so kami makan kemain suka lagi. Bila google, laaa buah bidara rupanya.

Rasa apa? Macam rasa buah pear kot. Tapi kadang tu ada iras bau buah jambu batu pun ada jugak.

Pokok depan rumah ni kalau berbuah memang bahagian bawah je. Pelik pulak.. Tapi elok la kan..dahan yang tinggi tu kami pangkas saja. Tak payah tinggi sangat.

Daun bidara ni pun bagus buat mandi bagi mereka yang ada gangguan makhluk halus. Masa LM buat rawatan di darus syifa' dulu mereka guna daun ni lah baca doa guna untuk mandi tiga petang berturut2.

Pokok bidara juga antara pokok yang ada disebut dalam alquran.

Sebab pokok ni berduri, terpaksa pindahkan tanam di luar. Risau cedera pulak anak yang lasak sorang tu.. Hehe
www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Apa pasallah kakak baru tahu hari ini..

sud@is said...Reply To This Comment

Mandi jenazah pun guna daun bidara juga kan?....sori LM bukan nak takutkan...cma nak comform...

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ye pernah terbaca. Malah sunah rasullullah kan memandikan dgn serbuk bidara? Cuma sy tak pasti serbuk tu dari daun ke?

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Yeayy hari ni kak zakie dah tau

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya memang tak tahulah, LM. Kalau jumpa pun memang tak kenal :) Nah, at least tahulah sekarang rupa buah bidara. Selalunya tahu berpantun je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...