Monday, August 11, 2014

Bukan Open House


Salam..

Semalam, kebetulan kawan sama- sama di doha dulu nak datang ziarah beraya. Maka LM buat hidanga simple sajalah memandangkan diri pun bukan larat sangat nak melasak kat dapur tu.



Soto nasi dan ada juga kuah kacang bersama rendang daging campur paru dan limpa.

Juadah dimasak atas bantuan chef MZ la. mana LM larat nak bangun duduk. Carik ayam untuk soto pun berapa kali terpelanting garfu tu. tiga empat ketul ayam pun entah berapa kali LM baring kat dapur tu baru siap.. Ehehe

Bukan open house, tapi memang sentiasa open pintu jika ada yang sudi beraya. Jemputlah datang jika sudi. Apa yang ada kita minum bersama.

Tahun lepas pun buat open house sebab nak buat majlis masuk rumah baru dan raikan birthday adik ad. Tapi.. Tergolek penat sebab dari perap kambing sekor tu semua buat sendiri. Perghh tak sangka mampu perap sekor kambing,mujur elok lembut dan terasa rempahnya kambing tu tau. Ye la.. First time kan..

Pasni? Takda dah open house. Tak larat nak kejar sana sini. Kalau ada nak datang call aje lah macam tahun- tahun lalu. Ada ayam kita rendangkan, ada jagung kita rebus kan. Kalau takda, kita ambil tepung buat cekodok bilis pun sodap. Ye tak?

P/s: doakan kesihatan LM ye. Sebenarnya, masih ada bleeding lagi. Sabtu haritu terjatuh dalam bilik mandi sebab terkejar-kejar nak muntahkan isi perut. Huhu
www.tips-fb.com

16 comments:

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

x buat pun soto raya nie..tapi mak req masak lodeh ta smpt buat lagi..

rajin awak

Mak Wardah said...Reply To This Comment

Jaga diri & salam syawal

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Lm..jga diri tau...
Jgn lorat2 sgt..
Bb dlm perut kena jga jgk..

Tihara said...Reply To This Comment

wah sedapnya
salam raya yea :)

sud@is said...Reply To This Comment

Tahun ni raya soto kat kamapung pun buat soto, kat ofis pun oder soto..
soto LM mesti sedap terangkat ni.....

mai has said...Reply To This Comment

yes...kembali ke zaman dahulu.orang bole datang berkunjung ke rumah kita tanopa mengharap kita masak sedap2 sebab tujuan utama adalah utk berkunjung.hehehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

Ya Allah akak. jaga diri leklok tau. sediakan baldi la kat tepi mana akak duduk. xyah berkejar lagi. risau lah akak ni

Mummydearie said...Reply To This Comment

La, jangan disibukkan tetamu tu. Semua pun faham keadaan LM. Diri dan kandungan kena jaga dulu. Takpa, kalau takda apa-apa hidang kuih raya dengan air kordial jelah :)

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Dah mkn br ingat xde bergedil. Hahaha. Lantak la. x larat sgt sbnrnya ni awk

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Salam shawal.. Tq ye

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Tq, insyaAllah rine

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Msk simple2 je tihara. Salam lebaran dr LM

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Soto LM ni main campak2 je pun. Hehehe. Buat soto kan mudah x yah santan. Tu yg ramai buat soto kot

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Tapi klu terjah terus risau org xde kat umah pulak kan?

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Mmg rasa nk letak besen tepi akk dik. Senang nk muntah. Huhuhu

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Tetamu dtg kitamg teruja kan MD, tp badan yg x mampu nk buat sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...