Monday, August 18, 2014

Bukan Open House..

Salam..

Semalam busy sepanjang hari.. Menerima pesanan ringkas kakak yg pulang bercuti dari qatar nak datang beraya. Terujanya rasa hati..

Pukul 9 lebih dah keluar cari tosei( tu saja perut dan tekak mau terima setakat ni). Restoran yang sama.. Tosei nipis garing tak masam dan tak masin. Nyumm sedap.

Mencari ayam tua untuk direndang, daging cincang dan pelbagai bahan lain.

Dah namanya tak larat, memang buat kerja terkemut- kemut. Tengok ayam pun tekak dah kembang.. Allahuakbar! Daku cuba tabahkan hati

Semangat sangat nak masak sebab tau kawan dari seremban pun nak singgah beraya. Tu yang teruja tu... Tetamu kan membawa rezeki!

Sebelun keluar tu memang dah kembangkan kejap beras untuk buat bubur. Bila balik terus sambung masak bubur daging. Sambil tu menggoreng kacang untuk kuah kacang pula.

Siap bubur sambung merendang ayam pencen pula. Buat rendang cili api. Sambil tu merebus ketupat segera. Huhu.. Kak fara sampai agak awal dari jangkaan. Dalam pukul satu dia dah sampai. Memang nasi inpit tu tak sejuk betul masa potong tu.

Tapi..hidangan apa yang laris? Dorang serbu bubur daging je. Sedap katanya. Sebenarnya menu tu sampingan je tak sangka pula berjaya mencuri tempat di hati mereka.

Bila kak fara balik sempat golek jap luriskan pinggang. Lepas asar beraya rumah jiran sebelah pula sementara menanti kawan dari seremban tiba.

Kawan dari seremban tiba memang hidang nasi impit dan rendang dengan kuah kacang saja sebab risau nanti tak habis menu tu. lepas tu sambung jiran sebelah pula beraya. Sedang mereka makan nasi impit demgan rendang encik Z keluarkan bubur tu pula..

Okey.. Syukurlah kedua- dua menu kira habis juga.. Gerun jugak kalau melambak tak habis makan kan?

Tak sangka menu simple macam bubur daging tu orang suka makan.. Hihi agaknya sebab ada sambal kicap tu yang lagi umphh kot?

Apa pun syukur dapat hidang sesuatu untuk tetamu.walau selow la sangat buat kerja tapi selesai la juga..terima kasih buat semua yang sudi menziarah kami.

Err ketupat rendang tu menu dah biasa sangat. Memang tahun depan takmo masak rendang sangat la kot. Orang dah jemu.



www.tips-fb.com

8 comments:

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, LM. Saya yang tak 'slow buat kerja' ni pun silap hari bulan tak larat nak menghidang nasi impit dan ayam mlcp :) Apa yang adalah nampak gayanya :D

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Gmbr LM??
Kesian LM..xlrt pun sanggup masak..solute u

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

bubur daging...1st time dgr ni...

Rai Ourkizuna said...Reply To This Comment

uniknya ada bubur daging.. nak tengok gambar~!

Mila Hilas said...Reply To This Comment

biasa yg x jangka tu lah yg dpt sambutan hehe

anamizu said...Reply To This Comment

ciannye Ummi.. tak bape sihat pon ummi gagahkan gak ye.. sbb ikhlas masak tu lah agaknye tetamu puas mkn juadah ummi buat :)

jage diri ye ummi :)

deno said...Reply To This Comment

baca je pun dah terliur.. tu belum ada gambar.. kalau rasa..? dah terliur dah ni

Kira Sakura said...Reply To This Comment

wahhhh sedapnya bubur daging. menu tu kan jarang jarang sgt orang nk buat kak. mesti lah orang serbu yang tu dulu hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...