Wednesday, August 20, 2014

Chai Tea- Teh Susu

Salam..

Lama dah tekak ni merindui chai( teh susu) di tanah arab tu, tapi tak berkesempatan nak beli susu almarai.




Malam tadi beli barang dapur di pasar borong terus ke pasaraya ternak dalam pasar borong tu. kat situ memang banyak jual barang dari arab.

Erkk rm3.50 setin kecik? Segan LM nak ambik sebenarnya. Segan dengan bos besar laaaa. Bukan tak mampu bayar, tapi sebab masa duk Qatar harganya QR1.20 je..

Cakap kat bos besar,nak ambik ni satu blh tak? Teringin sangat nak chai la.. Hehe sedih he ayat LM kan?

Chai( teh susu) kat sana memang guna susu almarai ni. Sedapnyaaaaa, bagi sahabatnyang pernah buat haji dan umrah, kalau perasan teh susu kat sana lebih lemak kan?

Mana saja kalau pergi memang LM akan carik chai. Kalau di madinah depan masjid nabawi tu ada kedai bawah tu, memang akan LM singgah dulu beli chai dan shawarma baru naik ke hotel. Di mekah pun kedai bawah hotel melambak jual chai. Beli tiap kali balik masjid tiap malam. Ye laa .. Biasanya kami gi umrah time musim sejuk. Memang memerlukan chai untuk panaskan badan.

Masa mengandungkan syafiq dulu tiap malam akan minta encik Z bawa termos gi beli chai kat restoran. Haha.. Memula tu dia malu jugak, lama- lama dia dah terbiasa dah melayan kerenah ibu hamil ni.hehehe

Apa pun.. Lain orang lain selera.. Tapi.. LM tak suka chai yang letak cardamon bagai tu tau. Aduhh macam telan rempah pulak. Suka yang guna susu almarai ni saja ganti susu kita. Xmo ada rasa cengkih bagai macam rasa teh sarbat la pulak. Uhukk

Maka.. Kalau korang mintak chai, kena tengoj jugak. Kalau tak suka yang letak cengkih semua tu kena bagi tau arab tu ... Hehehe
www.tips-fb.com

7 comments:

Rai Ourkizuna said...Reply To This Comment

sesekali apa salahnya..

tapi saya paham gak.. kadang2 segan nak mintak benda mahal2 bila kita tau nilainya takde la semahal tu pun sebenarnya..

saya pun tak suka sangat teh yang letak rempah2 ke teh perisa pelik2 sangat..

sud@is said...Reply To This Comment

singgah sini chai tarik buih tinggi 1......

mai has said...Reply To This Comment

tak pernah rasa.apa berbezaan dgn teh susu malaysia kita yer?

ieda immi said...Reply To This Comment

alamak x tahu apa nie dik huhuh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, ada dijual di sini ya? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Saya ni memang peminat teh susu. Kalau tarik, lagilah sedap :)

Mrs. Abi said...Reply To This Comment

apa beza susu almari dengan susu pekat kat sini kak?

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Ooo.. teringin lagi.. eh.. tak boleh jadi ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...