Tuesday, August 5, 2014

Cirit Birit-Boleh Makan Ubat?

Salam...

Dari hari semalam LM cirit birit. Asalnya perut memulas saja, tapi akhirnya sepanjang malam tak dapat tidur sampai ke pagi ni asik keluar masuk tandas😞

LM ingatkan sakit perut sebab masuk angin sebab pagi semalam LM cuma makan roti bakar saja. Tak makan apa pun. Susu pun tak minum. Sampai ke malam takda selera makan memang tak telan apa-apa.

Dah lembik badan rasa nak tidur pun sesak nafas terpaksa minta tolong encik Z buatkan susu anmum sekat pukul 12 malam tu.

Ingatkan boleh lelap.. Rupanya sepanjang malam asik berulang ke tandas. Uhukkk

Pelik.. Apasal sakit perut ni? Boleh makan ubat tak kalau hamil? Terasa nak telan chik kit taek aun je( betul ke eja?) seksa ooo sakit perut. Dah lembik dah badan ni. Sob sob sob.

Kalau tak okey juga tak dapatlah pergi check up hari ni. Patutnya hari ni kena check mengandung. Huhuhu
www.tips-fb.com

7 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Semoga cepat sembuh LM. Saya tak pastila ubat macam mana. Tak try teh kelat ke? Mana tahu ok.. kalau tak kena gi hospital, mesti doktor akan usahakan yg sesuai

sud@is said...Reply To This Comment

Doktor kata kalau dah cirit birit tak boleh minum susu buat sementara waktu sehinga pulih sepenuhnya....minum air kosong atau air garam yang dibekalkan doktor, makan makanan yang lembut macam moi ka....

semoga cepat sembuh LM jaga kesihatan,, perut takmo kosong..hehe

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak pegi klinik la mntk ubat. kira tak berani makan ubt tanpa arahan dokte masa preggy dlu. masa BF ni pun sama huuuu

uncle gedek said...Reply To This Comment

ulang alik tandas tu, kita senaman la tu....

hehe

d i b a said...Reply To This Comment

saya pernah kena masa mengandung dulu. Doktor bagi makan Charcoal tablet. dia tak bg makan chi teck aun, or any other ubat for constipation.... pergila jumpa doktor kak. utk kepastian :) sbb ulang alik tandas ni bahya pd baby takut dehydrated.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Tengah pregnant ni, takut pulak nak makan ubat tanpa nasihat doktor. Pil Chi Kit Teck Aun tu tak pasti apa kandungannya tapi memang mujarab jugalahkan kalau dah sakit perut memulas-mulas gitu. Lebih baik LM jumpa doktor dan tanya minta ubat kalau boleh makan.

deno said...Reply To This Comment

Sian akak.. dari bulan pausa bc blog akak asyik tak sihat.. ermm akak cirit birit teruk bahaya.. kurang air... banyakkan minum air masak kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...