Monday, August 4, 2014

Digigit Kucing

Salam...

Isnin yang busy.. Hari pertama bersekolah setelah cuti lama. Dalam melayan mabuk yang tak berkesudahan slow- slow LM cuba lap habuk sana sini.. Sobss

Tengah hari pula cuci hasil buangan si anak bulus tu. dah la tekak mual, bau yang tak menyenangkan tu baik kita bersihkan segera. Time raya pulak tu, ada yang kembang hidung tetamu bau najis kucing pulak nanti.

Tengok dah comot terus ambil sabun mandikan si anak bulus. Jalan pun dah tegap tak kengkang macam masa ditinggal balik beraya haritu.

Mandikan si mata sepet mudah saja, siap mandi terus lap dan si ibu cepat saja menjilat bulu si anak. Capai sesekor lagi.. Meronta bukan makn kuat lagi. Dah busuk kenalah mandi dik!

Tup- tup cakar tangan LM kiri kanan, elak sana elak sini dia teruk gigit jari terunjuk LM. Uishh bisa. Menitis darah. Uhukk

Laju- laju mandikan, lap taik mata bagai( sakit mana ke apa ?) terus lap lebih kurang dan masuk rumah.

Bisa! Berdenyut tau.. Sobss

Tak pernah kena gigit anak kucing. Sakitnyaaa.

Bengkak jari yang digigit.. Takda apa ke? Tak gi klinik pun. Segan nak bagi tau doktor kena gigit anak kucing.
www.tips-fb.com

5 comments:

Faarihin said...Reply To This Comment

Kalau teruk baik check dengan doktor. Bukan apa, zaman sekarangkan macam-macam jangkitan yang ada. Semoga cepat sembuhlah.

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Alahai..macam3 dugaan

Kira Sakura said...Reply To This Comment

akak baik pegi klinik. akak tgh preggy. orang preggy bersihkan najis kucing dgn pegang bulu kucing pun xblh. sebab kita ada janin yg baru nak membesar kat dalam rahim.

bukan kata suruh anti kucing sebab sekarang ni kuman mudah merebak

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, LM macamana tengah pregnant boleh lagi main-main bulu kucing, mandikan kucing segala ni? Tak alergi ke? Bukan ke tak berapa elok tengah preggy dok dekat-dekat dengan kucing. Bulunya tu yang banyak masalahkan ...

deno said...Reply To This Comment

Bahaya sis kena gigit kucing.. takut infection..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...