Wednesday, August 27, 2014

Ikut Sempat

Salam...

Entah bila nak cergas macam biasa pun tak tau lah. Mungkin sebab dah banyak kali hamil dan umur pun dah nak masuk 33 tahun buat diri makin tak bertenaga dan lemah lesu semacam je .

Alhamdulillah dah boleh bangun tak la melepek teruk macam aritu namun masih juga selalu pitam bila berdiri lama atau letih sangat.

Disebabkan tak boleh lasak sangat maka buat kerja rumah tu ikut sempat je lah. Sambil lalu nak ke dapur tu capai sekali dua tiga cawan yang bersusun kat coffee table tu(budak ni minum bukan nak hantar ke dapur pun)

Sambil masukkan kain untuk dimesin kat bilik air anak-anak tu terus sental simen bilik mandi dorang, bak kata bonda.. "Awak sambil-sambil.."( bonda pujuk dalam diam, dia tau banyak kali dah anak dia ni nanges sebab tak larat nak buat kerja)

Sambil goreng ikan tu cuci lah 5-6 biji pinggan dalam sinki tu sebab kalau cuci banyak nanti pitam pula berdiri lama.. Haa macam tu lah yang LM buat sejak seminggu dua ni. Cuba didik diri bereskan tugas dalam apa jua keadaan. Dah tak larat sangat kat dapur juga LM baring. Tergolek la kat sini bila pitam. Janji kerja selesai sudah..

Apa yang penting kerja wajib tu mesti beres. Baju sekolah anak tu berbasuh bila nak pakai, baju kerja encikZ bergosok, ada benda nak makan.. Walau tak sempurna tapi cuba jadi sesempurna mungkin. Hanya Allah saja yang tahu sedihnya hati ni tak mampu nak buat semua benda tapi.. Cuba kuatkan hati berdoa Allah beri sikit tenaga dan kekuatan agar semuanya mampu diuruskan.

www.tips-fb.com

5 comments:

Kira Sakura said...Reply To This Comment

moga akak terusss kuat dan dipermudah untuk akak amin amin

Umi Nazrah said...Reply To This Comment

salam singgah. begitulah kita seharian kan, super mama! :D

Mar Mansor said...Reply To This Comment

semoga siaht2 selalu..

mama ka0ri said...Reply To This Comment

salam kenal..

mama kaori datang singgah..moga cepat sembuh..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Oh, LM ni baru 33 rupanya. Muda belia remaja lagi tu:) Of courselah saya yang dah tua. Hahaha...

Kerja menyambil ni senang. Sambil buat tu, kita buat ni. Takdalah nanti kerja rumah menimbun. Tapi boleh faham keadaan LM sekarang. Yalah, bila tak larat itu yang rasa cam nak menangis je.

Saya kalau sakit memang tak boleh nak baring atas tilam empuk kalau rumah tunggang langgang. Lagi sakit rasanya badan ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...