Thursday, August 28, 2014

Keledek Purple

Salam...

Sejak mula hamil sampai sekarang ni memang hadapi masalah takda selera nak makan. Apa saja yang LM teringin akan LM makan sebab takut perut kosong nanti dapat gastrik lagi susah time hamil ni kan..

Hurmm..
Minggu lalu LM terbayang keledek rebus. Terus minta encikZ belikan keledek. Alhamdulillah dia belikan keledek kulit purple tu.

Bila rebus sejak siang LM makan sampai la malam. Bila malam..

"Sedap ke keledek tu?"- enZ

"Sedap sangat, lebih sedap dari biasa"- me

"Memang la, yang paling mahal tu tau, rm6 lebih sekilo. Paling manis kata tokey tu"-enZ

LM diam je.. Perut dah kenyang makan keledek mana boleh cakap banyak kan.. Perut kenyang tido pun lena. Alhamdulillah tak dapat penyakit orang tua( kembung) bila makan keledek. Hahaha.. Gurau je.. Ramai yang tak boleh makan keledek, ubi kayu, nangka dan cempedak katanya nanti angin atau kembung, mujur LM tak dapat penyakit tu . Kalau tak.. Ntah apa la boleh makan untuk alas perut yang takmo makan nasi sangat ni

Setakat ni makan benda simple boleh la.. Yang berlauk sangat atau berkuah memang tak selera.

Harini ngidam nak bake potato la pulak.. Nanti lah nak buat, mata layu je ni cuaca mendung. Tapi perut pedih lapar:(
www.tips-fb.com

2 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

pic nya LM yang rebus tu tuuu.....

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dah lama tak pekena keledek rebus. Rasa teringin pulak. Eh, mengalahkan orang mengidam. Nasib baiklah tak betul-betul mengidam, kalau tidak tak tahulah camna gayanya.

Untung ada yang melayan. Untung juga walaupun dalam keadaan tak berapa sihat, rajin juga ke dapur LM ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...