Wednesday, August 13, 2014

Kerana Baby Atau Tekak?

Salam..

Ye.. Sejak hamil ni tekak ni memang kalau teringin nak sesuatu kalau lambat dapat memang air mata akan bergenang duk terkenang apa yang dihajati.

Bukan LM ngidam nak beg LV ke apa cuma makanan je la. tapi kadang tu dah malam tak sempat beli atau ianya hanya ada di pasar malam yang hanya seminggu sekali maka terpaksa ditangguh hajat hati tu.

Sejak puasa aritu teringin nak makan cream puff. Letih call sana sini sms orang itu orang ini tapi tak dapat juga. Hurm.. Bulan puasa orang busy buat sekut raya kita ni nak cream puff? Ada ke yang kesian nak layan tekak ngidam ko? Jangan harap !

Maka, dah lama hajat hati ni teringin nak cream puff yang filling tak manis sangat terpaksalah buat sendiri. Tengok resepi macam leceh je. Ye la.. Kena masak la, lepas tu kena putar dengan terus, naik paip camne pun tak tau. Sobsss

Lepas isya' gagahkan diri buat juga. Err dengan tak jumpa besi pemutar mixer( apa nama dia ek.. Huhu)... Macam2 hal.




Tu dia.. Nozel bintang pun tak jumpa. I taram je gunting plastik dan main hentam je buat bentuk siput. Hodohnya bentuk.. Sobs sobss

Bila tengok hasilnya tak la kecewa sebab memang elok tak turun lepas siap bakar. Resepi siapa? Resepi cmg la. tq mat gebu!

Alamak.. Time nak buat filling tu baru perasan tepung kastad abis. Rasa macam ada je aritu. I hentam je guna tepung jagung. Haha.. Sodap jugak kat tekak ni.




Sos melimpah ruah. Wow!!

Bayangkan.. Puff tu masih suam- suam. Perghh garing. Sedapnyaaaa

Bagi lima bintang dekat resepi cmg ni. Alhamdulillah hajat nak makan dah tercapai. Memenuhi permintaan baby ke anak tekak? Entah la ek.. Takpe. Tak susah kan orang pun. Sendiri buat, sendiri penat. Sendiri makan. Sesak nafas, letih giler lepas buat tu. terbaring macam dugong. Ops duyung( i kan selim.. X kan macam dugong la. kuang kuang kuang..)

Ye lah, siapa yang tak pernah rasa macam mana benar- benar rasa ngidam tu maybe boleh mencebik. LM pun mengandung syafiq dan yang ni aje rasa macam ni, dulu tu boleh tangguh kalau ada rasa nak makan apa- apa. Kali ni.. Memang rasa nak nanges kalau tak dapat. Huhuhu.

www.tips-fb.com

9 comments:

Siti Nooryanawati Mohamed said...Reply To This Comment

Kita yg x mengidama ni terliur tengok.
Memang salah satu makanan feberet saya ni...
Huwaa....nak jugak! Nak pergi beli cream puff nanti, nak buat x reti...

Sya Mimie said...Reply To This Comment

asslmkm.. kalau dah namanya prgnt, mmng nak tang2 tu juga kan.. sy kalau xdapat diam je.. tp akan cari jgk smpai dapat..hehe

NinaAz said...Reply To This Comment

terliur tgkkk, hihi

Ct NoArizah Aris said...Reply To This Comment

Rajin le Jgk buat walaupun pregy sy ni malas lagilah tgk adik ipar buat mcm leceh je kejanya tapi makan sy suka fevered sy cream puff ni.

TunSha Ayunie said...Reply To This Comment

betul2... kita yang tak mengidam pun jadi terliur bila baca kak miza punya statement tau !

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

alhamdulillah, dapat LM makan apa yang diidamkan.. ok sangat ni, LM mengidam sesuatu yang LM boleh sediakan sendiiri, kira tak pelik pun..lain kali lain pengalamannnya oulak kan..

sud@is said...Reply To This Comment

tak ngandung pun teliuq aihh nmpak..Lm... nak cari resepi mat gebu juga lahh

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...Reply To This Comment

OK sedap.. xngandung lg pon dh teringin makan macam2 ni haha

Mummydearie said...Reply To This Comment

Memang pembawakan budaklah tu, LM. Kalau anak tekak yang teringin takkan sampai keluar airmata...

Nasib baik pandai buat sendiri. Kalau kat KL ni nak cream puff, off we go to MV. Lepas tu setahun tak nak cream puff lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...