Saturday, August 2, 2014

Lamanya Cuti Raya

Salam...

Lamanya blog ni tak berupdate! Tuan blog cuti raya lama la katanya...

Tahun- tahun lalu cuti raya pun berupdate tapi sebab tahun ni tuan blog tak sihat maka, terabailah blog usang ni.

Alhamdulillah LM selamat sampai pukul 11 malam tadi. Fuhhh letih! Rindu sangat kat rumah.

Tengah hari ni pula berkejar ke rumah nenda di cheras. Ayah bonda dan adik- adik dah sampai sejam lebih baru kami sampai. Dapatlah beraya rumah nenda dan mak sedara kejap.

Pukul 3.50 baru sampai rumah kalut- kalut goreng kan mee untuk ayah bonda dan adik- adik yang bertandang. Tak sempat nak masak nasi sebab memang takda stok lauk pun.

Pukul 5 lebih mereka pun gerak balik ke johor. Ishh tak bestnya johor kerja hari ahad. Memang tak boleh lama sikit sebab tak sama cuti.

Apa pun syukur sangat sempat lawat nenda, sempat bagi ayah bonda makan walau simple saja hidangannya. Dan baru sempat bagi duit raya kat ayah bonda serta adik- adik.. Hihihi, duit lambat cucuk sebab tu lambat bagi angpau. Itu pun tadi terpaksa tukar dengan encik Z duit tu sebab semuanya duit rm100 yang atm tu bagi tadi. Kemain.. Sekarang ni atm bagi 100 dengan 20 ringgit je .

Kesempatan yang ada ni LM nak mohon ampun maaf pada kalian atas kesilapan , salah kata atau terkasar perbuatan. Manalah tau ada kata- kata LM yang terkena batang hidung kalian buat kalian terasa hati ke.. Maaf LM pinta.

Cuti raya lama.. Tapi badan rasa letih sangat. Letih la pulak beraya dalam keadaan macam ni. Ingatkan mabuk camni best beraya sebab tak makan banyak, rupanya tak best sebab pening lalat, mual, asik nak ulang alik ke tandas je.


www.tips-fb.com

3 comments:

Hafizin Jamil said...Reply To This Comment

kaklong.. nak duit raya yang 100 tu.. hehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Selamat hari raya LM..
Maaf zahir batin ye

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alahai, kalau tau nak bagi duit raya RM100 memang rumah LM dulu saya terjah bawa superheroes. Lepas tu datang lagi beraya, boleh? Nak tolong habiskan duit RM100 tu. Hahaha.

LM, lupa pulak dah buat ucapan ke belum. Selamat Hari Raya ya! Maaf kalau ada terkasar bahasa dan gurauan bila singgah sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...