Tuesday, August 12, 2014

Lipas Masuk Telinga-Bahayanya!

Salam...

Lipas? Dengar pun dah geli kan, ninpula membayangkan dia masuk dalam telinga.

Tadi terbaca kisah seorang sahabat alam maya ni, telinganya dimasuki lipas. Dia bermalam di sebuah hotel dan terjaga kira-kira jam 5.30 am akibat terasa telinganya sakit dimasuki sesuatu.

Dia syak mungkin serangka kecil atau semut. Tetapi sahabatnya kata nampak lipas dalam bilik sahabatnya , so mereka syak lipas yang berada dalam telinga dia tu.

Bila ke klinik doktor dapat mengesan ada serangga hitan dalam telinganya tapi tak dapat mengeluarkan dari dalam telinga.

Akhirnya dia ke hospital dan setelah dikeluarkan.. Sah! Memang seekor lipas yang agak saiznya bukanlah kecil macam semut, dari gambar yang ditunjukkan besar lipas tu kira- kira sebesar kuku kelingking la jugak. Siap ada kesan darah lagi kat tisu tu. bukan darah lipas la kan.. Tapi darah dia yang mungkin terluka akibat cengkaman kaki lipas tu atau proses mengeluarkan lipas tu dari dalam telinga.

Err serius ngeri. Tak sangka ada juga kes lipas masuk telinga. Apa yang dikongsi ni adalah untuk kita lebih berhati- hati samada di rumah atau di tempat lain. Tengok, hotel yang kita sangka bersih pun banyak lipas, sampai masuk telinga tetamu hotel lagi tu! Siapa yang nak bertanggungjawab?

www.tips-fb.com

9 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

biasa check in hotel banyak nyamuk je.. lipas pun ada. Ngeri jugak dengar kes camtu. Lipas kot.. sekecil2 lipas takkan sekecil semut.

ummi aqilah (LM) said...Reply To This Comment

Ni pertama kali akk dgr. Takutnya.. Kena cek betul2 lah klu nk tido tempat lain pasni. Hrp kwn tu xde apa2 jangkitan. Sian dia

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Takutnya jadi macam tu.. apalah ya.. moga dijauhkn

anyss said...Reply To This Comment

Assalamualaikum,
Lipasssss?????
Fuhhhh!!! mesti fobia tu. Pernah gak semut masuk telinga, memang sakit.

Chot said...Reply To This Comment

alergik dgn lipas..hewan lain takpe..memang takut lipas sebab dia akan terbang tak tentu hala..huhuh

farhana mohamad said...Reply To This Comment

first time sy dengar kes mcmn ni kak. huhu. kena hati2 lepas ni. kalau semut masuk telinga pun dah sakit, takleh imagine rasanya lipas masuk

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

teringat dulu2 paksu pernah lipas masuk telinganya..kecoh jugak la 1 rumah..

Sya Mimie said...Reply To This Comment

first time dengar.. ngeri je rasa..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hai, tidur hotel pun ada lipas? Memang nak kena komplenlah hotel tu kalau gini.

Ish, serius ngeri dengar. Baru masuk semut pun dah meraung, inikan pulak lipas. Ngilu pulak rasa walaupun sekadar membaca. Macam terngiang-ngiang dalam telinga lipas tu dok tendang terajang tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...