Tuesday, August 5, 2014

Sesak Dada Dan Tekanan Darah Tinggi

Salam..

Tadi kan.. Walau pun letih dan tak larat sangat nak berdiri LM gagahkan diri jugak capai kunci kereta gi klinik check up kandungan ni tau.

Tengok jam dah pukul 10 laju- laju tinggalkan rumah . Dah la pukul 11 adik ad balik dari sekolah agama. Dia cuma ada kunci gate saja. Tinggalkan note kat pintu bagi tau LM ke klinik.

Mungkin sebab cirit birit dan semalaman tak tidur, tekanan darah tinggi pula hari ni. Dada pun rasa ketat, susah nak bernafas. Doktor kata sebab penat. Ye lah kot... Memang penat pun. Huhu

Walau cuma ada seorang sebelum LM tapi pukul 10.45 baru tiba giliran LM. Haishh ketar- ketar kaki tekan pedal minyak konon nak laju takut adik ad tunggu lama.

Dia cool aje nampak ummi. Hihi.. Mujur sempat gorengkan mee pagi tadi. Dia makan tu saja sebelum ke sekolah kebangsaan. Ummi melepek.. Tak larat. Sampai la ni tak masak lagi.

Nampak tak? Sebab cirit birit tak tido pun boleh buat darah naik. Ish bahaya betul.

www.tips-fb.com

6 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

Ramai betul kena cirit birit raya tahun ni kan.. apapun semoga akak cepat sihat & baby dalam perut tu sihat2 jer

Afifah Azmi said...Reply To This Comment

dear LM, kandungan da brape minggu? Be sure to drink lots of water yea.

Cirit birit buat LM hilang banyak air, somehow can contribute to hypertension.. so to expand your blood volume please drink good amount of water ok?

take care :)

sud@is said...Reply To This Comment

Gigih betul la LM ni....kesihatan mau jaga baik2 sis..tambahan ada baby...moga cepat pulih sihat..

Kira Sakura said...Reply To This Comment

memang la letih kak. ulang alik ke toilet dah guna tenaga. lepas tu cery bery tu kan bawak keluar abis semua makanan yg jadi sumber tenaga akak. dan akak paksa jugak tenaga keluar. macam pakai badan over use la. pasal tu jadi gitu gamaknya

Mummydearie said...Reply To This Comment

Kira LM ni memang kuat semangat juga orangnya. Kalau dah lembik badan dek mengandung, pastu cirit-birit lagi, mahu nak baring atas katil je kerjanya. Okeylah tu boleh gak memasak untuk anak-anak dan suami dan buat kerja rumah. Apa-apa pun jaga diri baik-baik. Jangan penat sangat. Jangan kerja kuat tak ingat dunia, ya!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...Reply To This Comment

jgn lupa minum banyak air dan makan ubat kak

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...