Wednesday, August 20, 2014

Taik Kucing Ke Tu?

Salam..

Huhu tajuknya dah buat tekak kembang kan? Ampun...

Ceritanya tengah hari semalam, tapi sampai la ni tekak LM lum benar- benar pulih akibat uji kaji adik syafiq ni.

Ayah dia bawa myvi gi kerja sebab nampak macam mendung saja dari pagi. Bila dah keluar kereta lapang la tempat parking tu kan? Bila nak keluarkan fortuner masa nak ambik acha dari sekolah LM perasan tempat parking myvi tu ada sesuatu tempekan warna hijau . Siap dah kena sodok dengan batang aiskrim lagi tu. apa tu?? Hati dah debar-debar dah ni.

Balik dari sekola dalam hujan lebat tu duk la membelek apa benda tu. sobsss.. Rupanya taik kucing. Anak kucing tu memang LM kurung , tapi ada jugak sesekali bagi dia keluar main supaya dia belajar main di luar. Rupanya dia berak merata. Najis dia bertukar jadi hijau sebab makanan dia warna hijau dan merah kot..

Adoi aiii. Dah la hujan, kena basuh lantai luar la pulak. Hujan lebat lak tu. kan sedap tido. Grrr

Paling tak menahan, siap kena sodok dengan batang aiskrim. Kerja sape lagi? Syafiq la tu. adoiii geram sungguh. Agaknya dia ingat apa bendalah tu kot. Mujur dia x colek sana sini.

Macam- macam hal. Nak gelak pun ada, tapi sebab kena cuci taik kucing dalam hujan lebat (walau x basah) memang la geram. Takda kerja sungguh budak kenit tu. Sampai malam kembang tekak LM. Lepas beli barang dapur termuntah jugak akhirnya . Letih menahan rasa nak muntah sejak dari tengah hari. Euwww.. Pengotor lah syafiq nih

P/s: bila peknen ada je benda yang buat hati ni geram tau!
www.tips-fb.com

9 comments:

ieda immi said...Reply To This Comment

aduhhhh kena sabar lah LM ;)

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

hahahaha syafiq main taik kucing.. sementara dia nak pandai apa yg kotor & apa yang tak macam tu la kan kak

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

hehe, sabar ya LM, budak tgh nak belajar explore...:)

Rai Ourkizuna said...Reply To This Comment

baca pun saya dah loya tekak.. adess..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Hahaha...tak pegnen pun dah rasa nak termuntah membacanya. Saya memang ngeri seriau geli bila bab-bab ni. Nak basuh tahi burung jatuh terjelepuk atas cermin kereta pun rasa ngilu geli geleman gitu!

uncle gedek said...Reply To This Comment

sebab ni lah uncle tk bela kucing!

Mila Hilas said...Reply To This Comment

dia buat ape dgn taik kucen tu?? hehe..

Kucing Comel said...Reply To This Comment

Bersabarlah dengan kucing, banyak hikmahnya.. :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya sejak anak dua ni kembali jadi kembang tekak.. mmg tak leh tengok bau dan dgr pun benda macam ni mula nak muntah2... ai.. ingatkan dah hilang penyakit ni sejak saya jaga mak di wad sebulan masa umo 23 tahun..kembali juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...