Wednesday, August 27, 2014

Vco Juga Untuk Ibu Hamil


Salam..

Sebelum hamil memang LM dah makan vco sejak dec tahun lepas. Alhamdulillah kulit muka bebas jerawat, jeragat menipis dan tiada masalah kulit kusam serta jerawat pasir yang berterabur kat dagu dan kulit pun lebih cerah..

Selain untuk kulit semua orang tahun vco ni kan minyak kelapa dara, memang baik untuk kesihatan tubuh badan kita



Malangnya sejak awal hamil memang tak boleh telan vco. Tak mampu nak paksa diri telan pil ke apa ke memang rasa nak tercekik dan muntah.

Sejak tak makan vco sedih giler tengok muka sendiri. Jerawat mula naik dari sebiji ke sebiji dekat nak raya haritu. Walau pun akak ipar duk puji kulit muka LM lawa takda jerawat tapi menantu dia banyak jerawat sejak hamil katanya . Tapi dia tak tau jerawat daku terselindung sebalik tudung.. Sobss

Tak boleh tangguh lagi.. Sekarang ni pun dah telan salindah( ubat homeopati) tu, maka paksa diri telan vco juga dan vit c tiap pagi.

Sampai bila nak seksa diri tak telan vco dan menambah jerawat yang jelek ni?? Grrr benci tau tengok cermin muka ada jerawat.

Dah seminggu mula makan vco semula dan jerawat pun dah kering hilang sikit demi sikit.. Kulit muka yang kering ni pun sah elok semula. kalau tak muka jadi kering dan kelopak mata kering sampai mengelupas. Harap baby ni lahir comey cam ummi gak nanti kulit bersih dan gebu.. Ekeke(berangan tak salah kan..)

Dua hari lepas masa borak dengan akak angkat yang nak beli salindah tu dia minta pos kan sekali vco dua kotak padanya. Dia kata harap sangat baby dia kulit cerah dan gebu. Dia pun ada dengar vco juga kalau dimakan saat hampir bersalin akan memudahkan urusan bersalin nanti katanya. Ye lah.. Logik juga.. Orang dulu2 kan buat selusuh pakai minyak. Sekarang ni jarang orang nak telan minyak, mereka buat selusuh dari air saja biasanya. Dulu.. Air pun buat, minyak pun ada juga..

Apa pun yang kita makan, moga ia memberi manfaat pada kesihatan dan kandungan. Vco pun bukan mahal..baru rm39.90 sekotak. Harga mampu milik..

Tiap ibu mahukan yang terbaik buat baby mereka. Tak boleh telan pun buat-buat hepi nak telan juga demi baby.. Hihihi
www.tips-fb.com

3 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Eh. Saya oun makan vco catalist ni.. walaupun tak hamil.. hihi.. bagus kan bendanya

sud@is said...Reply To This Comment

telan la LM apa saja asal kuat dan sihat semoga baby pun ikut sihat......

Mummydearie said...Reply To This Comment

Eh, tak pernah tahu pun pasal VCo ni, LM. Betul bagus ya? Ini yang gatal nak cuba ni. Saya ni masa muda belia remaja jerawat malu nak hinggap. Dah tua gini tetiba malu-malu pulak jerawat timbul bawah dagu. Nyampah tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...