Friday, September 12, 2014

16 Minggu-Kandunganku

Alhamdulillah...

Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan untuk hamil lagi setelah berkali2 gugur sebelum kehamilan ini.

Rasa sebak dan sangat bersyukur. Tak sangka hari ni dah masuk 16 minggu kehamilan ini. Bermakna usianya telah masuk ke 4 bulan❤

Mengikut kajian baby dalam rahim ni anggaran 11.6 cm dan sebesar avokado anggaran beratnya dalam 100 gram. Namun perlu diingat tiap bayi perkembangannya tak sama. Dalam tiga minggu ke hadapan ni perkembangan bayi akan berlaku dengan sangat cepat dan beratnya juga akan bertambah dua kali ganda dari sebelum ni.

Terujanya.. Dan.. Lebih teruja nak scan sebelum raya haji ni untuk tau jantina baby!

Ehem.. Dah banyak kali hamil tapi pengalaman mengandung sentiasa buat si ibu teruja . Betul tak?

Mabuk?
Dah takda muntah teruk dah cuma jangan salah makan je la. salah makan tu bermaksud LM tak boleh makan benda yang LM memang tak boleh nak telan. Kalau paksa makan juga akan muntah. Daripada muntah baiklah LM tak makan.

Setakat ni roti, susu, dan sikit nasi lauk ikan goreng atau apa saja menu ringkas akan LM makan untuk alas perus dan nak dapatkan khasiat terutama untuk baby ni.

Pertambahan berat badan naik dengan cantik( cantik ke? Ekeke..). Tiap bulan naik sekilo baq hang!

Hebat kan? Tak makan sangat pun boleh naik berat. Bermula sebelum hamil berat badan 52kg sekarang ni dah 55 kg okey!

LM syak berat badan naik sebab banyak makan buah( sebab lapar tak dapat makan nasik sangat) dan banyak minum teh tarik. Lalalala.

Nanti bila dah boleh makan dengan betul LM akan stop la ambik teh tarik dan buah. Ngeri tau kalau tengok LM makan buah. 1/2 kg grapes tu sekali hadap je, oren saiz besar gedabak tu dua bijik sekali jalan, epal saiz besar giler tu sekali ngap dua bijik. Phewww ( ada gaya mak lampir tak makan?)

Buah.. Kan manis, sebab tu LM bambam kot. Uhukk

Masa hamil dak kecik sorang tu dulu mabuk teruk gak tapi LM makan strawberry untuk alas perut. Kat doha masa tu baru sekitar rm3-4 je sekotak strawberry musim winter kebetulan.. Memang melambak la starwberry tu..

Kali ni mula2 dulu makan gak tapi mahei ooo..rm18 sekotak. Nak yang besar takmo yang cameron punya. Hambek ko harga cam boleh buat enZ botak dengan cepat. Last2 LM beralih kepada oren besar dan epal serta grapes je lah.

Eh dah banyak sangat melencong dari tajuk ni.. Kita sembang pasal baby len kali je eh.. Tata..
www.tips-fb.com

5 comments:

Cik Puan iLa said...Reply To This Comment

Eh2..baby kita sama batch la..sy tgh preggy 20 minggu..hehe..

Apa2 pn,congrats ya..semoga dipermudahkan segala urusan..jaga diri elok2 tau.. ;)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

hai, mulut ibu mengandung ni macam2 ya.. tak pe, layankan je en z.. saya ingat lagi LM pernah cerita pasal meja makan besar kat rumah LM, nampaknya kerusi yang ada sesuailah tu dengan pertambahan ahli ni.. eh, bolehla lagi tambah seorang lagi, 8 kerusi kan? haha.. boleh usahakan tambah lagi lepas ni..

CiK QiQi said...Reply To This Comment

Hehehehe... Qiqi preggy kli ni memang beware sungguh la...namo jd cam yang 1st dlu.. dengan pendarahan nye, dengan HB lownye, dengan berat naik nye..ehehhehe

Nanti ank kite lebih kurng jele kn..tp besa thun jek..huk3

Anonymous said...Reply To This Comment

Very good blog post. I certainly love this website. Thanks!


my web site; anxiety attack or heart attack

Mummydearie said...Reply To This Comment

Gebus lah nanti kulit anak kalau asyik makan epal :) Baguslah kalau dah kurang mabuknya. Lepas ni boleh lupakan teh tarik dan buah and boleh try makan yang lebih marbeles lagi. Bila lagi nak tambah berat badan dan takda yang peduli... masa preggy nilah LM :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...