Monday, September 8, 2014

BBQ- Birthday Qila


Salam...

Saja suarakan hajat hati nak buat bbq pada hari lahir qila sabtu haritu. Sebenarnya tekak ni rasa nak makan bakar- bakar pakai arang.. Kalau pakai kuali ajaib tu rasa tak sama kan...

Incek boss macam tak berapa respon je so LM ingat tak jadik la. lagi pun dari pagi memang tak bangun sebab memang panas badan dan pening sungguh . Bila dah petang tengok incek bos beli ayam sibuk perap ayam bangun la jugak sediakan bawang mawang bagai untuk perap ayam sebab tengok dia duk letak sos lada hitam je..risau tak sedap la pulak kalau tu saja yang digaul.




Tu dia.. Sosej dah bakar awal2 lagi. Budak2 ni sibuk nak sosej. Haishh

Sebab tak plan.. Kalut la masak nasik pakai microwave (biar cepat masa) lepas tu buatkan nasi goreng untuk lawan ayam tu. kenyang la sikit kalau ada nasi. Ummi tak makan nasik pun, ayam je la.. Entah bila boleh makan nasik pun tak tau la kan..

Lepas bakar ayam bara api tu salai daging pulak.. Alhamdulillah sekilo setengah terus incek boss salai daging. Berapa kali gulai tu ek?

Hari ni gulai sikit campur kentang. Nyumsss

Sebenarnya sebab dah raikan birthday dia jumaat malam sabtu tu tu yang takda benda sangat la.. Cuma bbq, ngadap kacang goreng dan keropok je la. saja suka2, lama dah tak bbq dan usaha pujuk diri untuk makan pun ye jugak. Nafsu makan belum datang lagi, silap makan muntah tak henti2 nanti. Jangan morning sickness ni sampai bersalin sudah laaa



www.tips-fb.com

3 comments:

Sidratul Muntaha said...Reply To This Comment

salam
huuu
sesal sudah masuk sini
pagi - pagi dah nampak BBQ!!
huhuuh
dah la tgh diet ni
adoi

MizzTina said...Reply To This Comment

sian akak morning sickness..lama tu.. sabar kak ye..


Mummydearie said...Reply To This Comment

Bila sebut pasal daging salai tu alahai teringat pulak daging salai masak lemak cilipadi. Aduh, memang sedap!

Eh, saya pun dah lama juga tak buat bbq suka-suka kat rumah. Best kalau sesekali main panggang memanggang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...