Thursday, September 25, 2014

Buah Tu Benda Yang Wajib Ada

Salam...

Usia kandungan dah dekat nak lima bulan tapi selera makan masih tak muncul. Amat jarang dan payah sungguh nak terima nasi lengkap dengan lauk pauk dan sayur.

Tiap bulan berat naik jugak sekilo.. Agaknya gemuk sebab banyak makan buah kot. Nuah kan manis..

Memang LM makan buah banyak pun tiap hari. Kalau oren yang besar tu sekali makan dua biji. Belum lagi kisah epal atau plum..



Okey... La ni dah jatuh hati pada plum iso merah ni. Tapi... Bukan selalu dapat isi merah ni. Bukan boleh check dalam tu isi putih ke merah..sobss

Berbiji2 makan buah bukan kenyang pun perut ni. Nak tido berpaling kanan, paling kiri.. Pedih perut sebab lapar. Dulu LM makan roti sebelum tido, sekarang ni tak makan dah sebab takut gemok gedempol makan pastu terus tido...

Nampak seronok makan buah je.. Tapi perut menangis kelaparan tau!

Susu? Hehehe.. Kalau ada yang bebel marah tak minum susu baru LM bancuh. Lupa je nak minum susu. Busy katanya..

Hari ni stok buah dah habis... Mood merundum. Nak gi beli sendiri tak larat, kot la pitam kat kedai tu camne? Haiyaaaa..sedih tau!
www.tips-fb.com

6 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Aduilah siannya masih tak lalu mkn, kena stok up byk2 lah buah

Kakzakie said...Reply To This Comment

Agak-agak baby tu perempuan tak dik. Sebab kakak dulu pun masa pregnant semua anak asyik makan buah tau, seminggu boleh habis berkilo-kilo. Sambil buat kerja atas meja pun kakak sediakan buah siap potong. Tak kenyang-kenyang..

Tapi kakak dulu tak kira janji lapar makan aje. Gemuk no. 2:)

Yusmawati Paiman said...Reply To This Comment

Jaga diri, jaga baby dalam kandungan tu. Kena telan karbo dan protein juga kan.

Yus pun suka makan buah masa pregnant..:)

p/s: LM tak suka minum susu ya, leh cuba OsteMatrix Shaklee, sumber kalsium dan sangat elok bagi mereka yang tak gemar minum susu, lebih2 lagi ibu hamil... :)

Sorry, ter 'promo' pulak, tapi mana tahu serasi kan.... :)

MizzTina said...Reply To This Comment

ms preggy dl sy mmg hantu buah kak, lagi² tembikai.. nikmat btl.. susu lak sy gnti dgn horlicks.. hehehe

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah.. nampak macam ni saya pun rasa teringin nak makan juga.. sedap ni.

Mummydearie said...Reply To This Comment

Alah, LM... masa pegnan ni gemuk takpalah. Lepas tu barulah work out, selim melim semula :)

Saya pun sama kalau bab susu ni. Kalau tak kena tazkirah, tak sakit memang buat-buat lupa aje :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...