Thursday, September 11, 2014

Chicken Chop-Tak Makan Ayam?


Salam..

Encik z ada beli peha ayam khas untuk buat chicken chop, oleh kerana buntu nak masak apa dan kebetulan memang ada telur putih lebihan buat donut tempo hari maka LM buatkan lah chicken chop versi LM untuk mereka.


(Adehhh.. Abaikan sos pekat yang super hitam kelihatan seakan2 kuah kicap tu. dalam gambar buruk betul rupa sos tu.)



Sebab takda stok cendawan maka LM buat sos lada hitam sajalah...

Opsss, dalam rumah ni si hitam manis nombor tiga tu tak makan ayam, maka.. Ummi hidang chicken chop ke, chopctick ke ...memang dia tak heran. Dia cuma makan kentang dan jagung saja.

Ummi pun tak makan ayam sangat sejak hamil ni, maka... Sepakat dengan si hitam manis, telan jagung saja sampai pedih perut tak boleh tidur akibat kelaparan. Baby dalam pewut merengek kelaparan, ekeke

Sedap la kot.. Sebab bukan setakat salut dengan serbuk roti , tapi ditambah dengan tepung kfc lagi. Tengok laju je mereka makan, ummi je kembang tekak..( bila lah nak ada nafsu makan?)

Kira berbaloi la kot buat sendiri, dapat pahala pun ye, boleh makan banyak pun ye. Hehehe.. Kisah orang tamak memang macam tu kan.

Kenapa si hitam manis tak makan ayam? Selalu je soalan ni ditanya. Betul la menurut kajian baby yang lahir akan suka makan apa yang ibu mereka makan sewaktu hamil. Masa hamil dulu memang duduk ganu kaya dengan ikan fresh. Maka, ikan, udang sotong tu saja yang LM telan. Takmo makan ayam. Memang tak selera makan ayam pun..( Takut gemuk pun ye).

Kat Doha pun camtu jugak.. Memang carik ikan fresh dari nelayan kat cornich tu. murah pun murah.. Tu yang acha tak makan ayam dan syafiq pun tak berapa layan ayam. Dah didik makan ikan sejak dari rahim.

Baby yang dalam pewut ni?? Tak tau lagi. Sebab masih belum boleh makan sangat. Tapi sekarang ni memang ikan segar dari bagan lalang tu kami beli di taman universiti. Ada lori jual ikan segar kat situ. Ada geng tak makan ayam lagi kot pasni?

Kata enZ, lepas ni ummi kena buat chicken chop dan lamb chop ke.. Untuk orang yang tak makan ayam, ekeke.. Macam2 kan..
www.tips-fb.com

7 comments:

Tina Othman said...Reply To This Comment

Bestnya tak mkn ayam, cuma kat sini nak dpt ikan fresh susah sikit

sud@is said...Reply To This Comment

Elok sangat budak2 tak makn ayam , kurang baik untuk kesihatan sbb disuntik bagi proses cepat membesar...kecuali ayam kampung..

Tapi kebanyakan anak2 sekarang semua suka ayammm...permintaan tinggi dirumah atau pun diluar rumah...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Umi sebenarnya tak kisah nak apa cuma kena sediakan bahan pasti menjadi. Nak chicken ke lamb ke semua beres punya...

Suria Lekatlekitgurl said...Reply To This Comment

betul la kot... mak mertua saya tak makan daging. asben saya pun tak makan daging tapi bukan faktor mak dia tak makan daging masa ngandungkan dia tapi memang tak di ajar makan daging dari kecik lepas tu dah tak biasa jadi janggal nak makan. kadang2 saya pujuk dia suruh try rasa jugak.. ayam pun dia makan bahagian dada jer sebab mak mertua saya pun makan bahagian tu je. dulu kurang sgt dia nak makan ikan tp sebab sy jenis makan ikan.. sekarang ni ok dah makan ikan. So saya rasa saya perlu didik dia apa yang dia tak makan selama ni untuk cuba makan sebab dulu dia membesar ikut apa mak dia makan jer

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ni nak cerita sikit LM. Masa mengandungkan Abang saya jadi hantu durian sungguh. Tak berkira makan durian sampai kena warning dengan doktor baru berhenti. Tapi Abang sejak dahulu sampai sekarang tak suka durian. Bila saya tanya kat dia tahu apa jawabnya : Mommy dah makan banyak sangat durian masa Abang dalam perut sebab itulah Abang takda selera sekarang :)

nadia arrumaisha said...Reply To This Comment

hahaha jadi lapar teringat terus kat chicken chop... lame dh x pekena chicken chop..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Saya setuju ni.. anak saya ikut apa pemakanan saya ms pgnnat. Masa naim saya makan pilih2 jadi dia sekarang pun mcm itulah. Masa Nazif pulak, saya jenis boleh telan semua, jadi adik ni bulat sebab tulah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...