Wednesday, September 10, 2014

Cikgu Tumbuk Murid ?

Salam..

Balik saja dari sekolah bila siap tukar pakaian sekolah agama kakak terus cerita yang kat sekolah tadi ada cikgu tumbuk budak katanya.

"Tumbuk dan lepastu hantuk kepala kat dinding. Darah banyak kat lantai tau ummi!"

Err.. Mungkin dorang berlatih berlakon kot? LM cuba bertanya lagi.

"Tak laaaaa.. Betul2 la ni. Memang betul punya belasah, bukan berlakon!"

Ermm.. Takmo komen banyak. Harap benda ni bukan betul walau budak2 ni nampak. Harap ada cerita disebalik kejadian. Harap juga tak berlaku pada anak sendiri:(

Komen banyak nanti salah, taip banyak nanti orang marah, tapi kan.. Kalau lah betul.. Boleh eh naik tangan kat muka dan badan anak murid? Nanti ada yang kata eleh kau tak jadi cikgu mana kau tau?

Sebelum kawen sampai hamil kakak 4 bulan LM ngajar kat sekolah agama. Berdepan jugak budak nakal yang kadang kala rasa macam nak picit sampai kempis, rasa nak kunyah sampai lumat. Tapi.. Marah sikit dan denda suruh ketuk ketampi pun bapak murid tunggu depan kereta tau. Bukan sentuh lagi pun.


Ops tambahan, budak tu memang nakal menurut kata kakak. Okey, nakal! Noted. Selayaknya budak nakal dibuat begitu ye? Ngeri.. Sangat berharap benda ni tak betul. Anak sekolah kat sana, ada jugak anak lelaki yang ligat(tak tau la kat sekolah pasif ke apa). Moga Allah lindungi anak2 ku dari kekejaman manusia yang kadang kala bertindak tanpa berfikir.



www.tips-fb.com

5 comments:

Kakzakie said...Reply To This Comment

Tak slaah mendenda tak satu kesalahan kalau mencederakan. Sudah ada garis-panduan yg dibolehkan dan tidak. Ini kalau sampai berdarah siapa pun tak terima...

Rai Ourkizuna said...Reply To This Comment

Allah.. Takutnya.. Kenapa sampai jadi mcm tu.. Ngeri lah.. Kadang2 tak tau nak pecaya sapa..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Aduhai... macam-macam kes... :(

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

kena selidik betul2 kesahihan cerita ..nanti keluar suratkhabar macam kes guru hari tu, rupa rupanya di fitnah...

Mummydearie said...Reply To This Comment

Nak marah pun biar berpada. Nak mengajar pun haruslah ada adabnya. Kalau ikutkan hati, berdepan dengan budak nakal memanglah menyeksakan perasaan tapi tak bolehlah ikut suka aje nak pukul belasah anak orang sampai berdarah.

Aduh, kalau saya dengar cerita ni berlaku di sekolah anak, dah kalut dah ni. Panas punggung tak boleh duduk diam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...