Thursday, September 18, 2014

Happy Birthday Kakak


Salam...

Semalam 17 september birthday kakak.. Biasanya kami sambutkan lepas maghrib 16 hb tapi sebab masa tu ada kat kampung, busy melampau mengemas rumah sebab nak buat homestay maka kami terlupa tarikh tu sepatutnya raikan besday dia:(

Kebetulan memang nak gerak balik sebelum maghrib, tapi dia dah merajuk sebab tak dapat sambut dengan atuk nenek dia maka terus la tak sambut... Ajak makan kat kedai masa otw pun dia takmo.

Pujuk punya pujuk akhirnya sambut malam tadi..

Kek ni sebab ummi terasa nak makan kek pandan pisang maka ummi gagahkan diri jugak buat..



Abaikan kecomoton kek tu..





Yang hijau tu perisa pandan. Tengah tu perisa pisang. Bonda ada bagi pisang tu yang buat kek pisang tu:)


Dah siap buat terus masuk bekas angkut pergi restoran... Ekeke..

Bak kata adik ad, "tak cantik pun takpe janji ummi yang buat.. Daripada makan cina yang buat.. "Ecehh ayat terbaek dari ladang( gelak dalam hati dengar)

Dah lama giler tak buat kek. Rasanya last buat masa akhir september qila nak sambut besday kat sekolah dulu.

Ye lah.. Masa tu memang kerap buat , besday syafiq bulan tujuh, besday adik ad tak buat kek sebab tak sempat kami buat kenduri masa tu. besday qila buat gak kek awal septemer. Tengah bulan besday kakak pulak. Akhir bulan buat lagi kek untuk sambutan besday qila kat sekolah pulak. Lepas tu terus tak membaking lagi dah...

Tangan gigil menepek krim.. Ehehe
www.tips-fb.com

6 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

Ya betul tu ..yang penting Umi buat, tak cantik takpa tapi sedap..tapi yang LM ni cantik macam kat kedai dah pandai menghias....

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betullah kata adik ad tu, ummi buat sedapnya sampai menjilat jari. Ada dua perisa lagi..

Selamat ulangtahun buat Maisarah..

najihah sahami said...Reply To This Comment

serius nampak sedap kak...mish terliur bebetul ni tau....hehe...pandai adik ad ye..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Yang penting sedap, itu je. Kalau rupa cantik tapi tak sedap, tak lalu juga nak makan LM...

Aduhai, tak menahan tengok cebisan kek pandan tu. Nak buat sendiri, takda kelayakan. Beli ajelah! Hehehe.

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Happy birthday Kakak. Untung kakak ada ummi pandai buat kek. :)

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Happy belated birthday Maisarah.. menggigil pun oklah LM, sempat juga siapkan kek hari jadi ni. Untung betul anak2 LM ni. Pasti semuanya jadi rajin dan gigih macam uminya juga nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...