Thursday, September 4, 2014

Kad Merah-Klinik Swasta


Salam...

Bila LM cerita tak pergi buat lawatan ke klinik kesihatan tiap bulan untuk check kandungan tapi pergi ke klinkk swasta orang jadi pelik. Err pelik ke?

Bagi yang hamil anak sulung atau takda anak lain maybe okey lagi kalau nak bertapa lama di klinik kesihatan kerajaan tu tapi bagi LM dan rakan yang bekerja atau yang punyai anak kecil memang mustahil untuk ke sana.

Berjam- jam tunggu giliran tu memang meletihkan dan buang masa. Anak nak ke sekolah lagi, nak ambil dari tadika lagi..

Hamil yang dulu LM buat check up di Az-Zahra bangi tapi memang leceh kena pergi hari sabtu tunggu suami cuti dan memang ramai orang time tu. Membazir masa!

So , tanya sana sini.. Jumpa satu klinik yang sangat bagus.. Klinik Jameaton. Alhamdulillah tiga kakitangannya ada diploma in nursing. Tak ragu2 nak tadah tangan bagi dia cucuk ke apa ke berbanding klinik yang pekerjanya takda sijil dalam bidang kejururawatan ni kan...



Ni LM punya buku merah..

Rekod kita dia tulis dalam buku merah ni. BP, HB, air kencing, berat... Semua dia tulis sini. Lagi pun klinik ni dekat sangat dengan rumah, dalam 5 minit je kot.. Mudah nak pergi pagi-pagi( malam punyalah ramai orang)

Nanti dah 34 minggu ke barulah LM pergi check di hospital yang LM pilih nak bersalin. Rasanya nak bersalin kat Puchong je kot.. Setakat ni rasanya tu yang paling dekat. Az-Zahra tu doktornya sepupu enZ tapi, tak cukup 30 minit gak nak berkejar ke sana ditambah pula.. Segan la i nak gi ngadap sepupu . Dah la jumpa selalu .. Sobsss

Lambat lagi nak bersalin pun.. Harap episod mabuk ni berlalu pergi, nak cepat rasa cergas dan sihat. Nanti dah besar perut baru fikir hospital pakar mana yang nak diterjah. Asal dekat dengan rumah,doktor islam dan wanita serta bagus.. Itu je yang kita nak cari sebenarnya. Betul tak?



www.tips-fb.com

4 comments:

Ct NoArizah Aris said...Reply To This Comment

Seronoknya pregnant lg sy dh lama tggu msg Belum rezeki apa pun Tahniah buat kamu

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun tak pergi klinik kerajaan. Office saya tak main bagi time slip ke apa time buat check up ibu mengandung ni. Takkan asyik nak cuti sebab hal tu. Ish, tak mahu, tak mahu!

Saya pun dulu HD dah pesan mesti nak doktor perempuan dan Islam. Kalau tak dapat doktor beragama Islam, okeylah non-muslim. Doktor lelaki pilihan terakhir kalau memang tak boleh buat apa dah. Alhamdulillah, dua-dua doktor perempuan Islam. Tapi yang kedua tu, no-no-no, not good. Sayang duit bayar memahal!

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

Disebabkan saya n suami jauh2. Saya terpaksa checkup kat KKIA kt sini. Tapi bila saya balik rumah suami kat Bangi, saya checkup di Azzahra pulak sbb dekat ngan rumah.

Tunggu kt KK mmg lama. Ramai org walaupun dtg pepagi kul 8. Sabo jela tgguu.

Setakat ni dkat azzahra selalu cepat pulak servicenya. Tggu pun tak lama. Nasib baik je kut hehe.

Cerita Saya, said...Reply To This Comment

Kak Lydia didi bersalin az zahrah alhamdulillah mudah urusan disana. Dr pj ke kajang tue. hahahaha.. pengalaman paling takan dd lupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...