Friday, September 5, 2014

Kain Batik

Salam..

Kain batik? Memang LM tak pandai pakai kain batik. Angkat tangan laju- laju. Kain batik beli zaman honeymoon 12-13 tahun dulu masih elok tak lusuh lagi tau. Ekeke

Eh.. Tapi, LM akan pakai bila hamil perut dah besar( selesa la sikit pakai kain kononnya) dan masa seminggu dalam pantang. Hahaha. Dulu pakai sebulan dalam pantang tu tapi bila test pakai bengkung then sarung seluar eh boleh rupanya... So lepas seminggu bersalin terus pakai seluar je lah. Lebih sopan nak bersimpuh ke apa kalau orang melawat. Tak takut aurat terdedah bila bersimpuh ke apa.

Lagi pun nak naik turun katil kat spital( masa anak jaundis) memang kena pakai seluar.. Payah ooo, katil spital gomen (masa syafiq jaundis) tu tinggi. Kena tahan kat Pantai tapi LM merayu mintak surat pindah spital gomen sebab jauh anak tinggal kat segamat. Katil tinggi tak reti nak rendahkan.. Ahkak tular pakai seluar je la.. Sobss

Bab tak reti ni memang belajar pun tetap tak kemas lipatannya. Bila selekeh terasa diri macam lebih selekeh dari bibik- bibik. Rendah diri la pulak . Depan laki orang kata kena pakai lawa2 kan.. Hahaha( alasan tak boleh blah)

Apa pun.. Peel LM ni , tiap kali nak beranak mesti nak 3-4 helai kain batik baru. Ni dah mula duk congak ada lagi tak kain batik tak berjahit. Nak mintak bonda jahit sebelum bersalin ni.

Nape ek.. Kain batik pun nak baru? Adoiaiii

Eh ye la.. Nanti orang datang melawat tengok pakai kain batik lama malu kot..(alasan..)

Err takpe kot.. Kalau banyak kain batik esok pendek umur boleh sedekah kat orang kain batik tu. cerah lagi, takdelah kain batik lusuh nak disedekah kat orang la pulak kan..

Lepas ni nak buat koleksi telekung banyak2. Boleh sedekah bila dah takmo atau dah mati esok boleh orang lain guna.. Saham akhirat tu..

P/s: andai kata diri ini syahid masa melahirkan...asik fikir tu je sekarang ni:(
www.tips-fb.com

7 comments:

sud@is said...Reply To This Comment

Eh LM dah dekat nak bsalin ka, smoga slmt, sihat mak dn baby

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Rin suka pakai kain batik.pakai mmg smpi habis pantang without failed..hahaha

Acik Erna said...Reply To This Comment

Assallam LM..semoga selamat dan dipermudahkan.
acik memang suka berkain batik dirumah.sehari 3 kali salin jain..lepas mandi.dan acik suka kalau kain hijau..baju t yang acik pakai pun hijau.
bab telekung memang dah lama acik jadi peminat dan pengumpul telekung.bila dah terbanyak..acik akan bawa dan tinggalkan di masjid surau di rnr atau mana aje..sebab masih cantik dan tak lusuh lagi.boleh je orang guna untuk solat.maaf panjang pulak komen acik

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kain batik saya ada 5 helai je..semua pun dah buruk juga.. tapi pakai pun kadang2 kira oklah...kalau orang dtg cepat2 tukar seluar, sebab pakai tak kemas pun..

Sidratul Muntaha said...Reply To This Comment

kami sangat suke kalau dapat hadiah kain batik
aman - nyaman sbb kain batik tu la buat basahan mandi and buat ganti kain tuala kalau tuala tgh di basuh
huhuhu
lagipun bdn beso sangat
takde tuala muat size pun
ahahha

Mummydearie said...Reply To This Comment

Saya pun tak pandai pakai kain batik. Kalau pakai pun main taram jelah. Terjongket sana, terlebih sini lantaklah :) Tapi, saya ada banyak kain batik kat rumah :D

Telekung tu pulak sama je saya dengan Acik Erna. Kalau dah banyak sangat, saya tinggalkan aje kat surau bila pergi solat. Insya Allah, banyak kegunaannya. Pahala pun dapat.

LM, ni apalah suka cakap bukan-bukan. Insya Allah panjang umur dan dipermudahkan segalanya. Janganlah dok bimbang yang bukan-bukan!

aDisH.sHidA said...Reply To This Comment

awak..kita kalau ari cuti x kemana dok umah berkain batik je la..

awak jangan pk yg bukan2,.insya Allah akan dipermudahkan urusan awak nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...