Thursday, September 4, 2014

Morning Sickness Itu Cuma Sedikit Ujian


Salam...



Alhamdulillah walau bergelut dengan morning sickness ( bukan takat morning) tapi hasil scan semalam menceriakan hati ini.

Ye.. Siapa pun yang alami alahan teruk pasti sedikit down sebab tak mampu lakukan aktiviti harian dengan baik lebih2 lagi telah punyai anak yang lain.

"Ye.. Aku tak kerja, dok umah goyang kaki boleh tido rehat sepanjang masa. "Tu saja jawapan bila orang selalu kata.. Eh takpe, awak tak kerja.. Boleh rehat aje kat rumah.

Kau fikir aku punya kain nak basuh berapa bakul tiap hari?

Kau tau tak aku perlu gosok berapa helai pakaian untuk dipakai anak dan laki aku tiap hari?

Kau rasa aku tak perlu masak untuk anak2 walau aku muntah dan tak mampu berdiri?

Kau tau berapa kali aku muntah dan bangun duduk kat sinki untuk habiskan buang taik udang yang hanya sekilo demi nak masak untuk anak?

Sah.. Kau tak tau! Sedap bercakap kan..

Apa pun... Bonda kata slow-slow. Buat apa yang wajib.

Okey, tak mampu sidai kain time matahari tercacak kat langit LM sidai malam. Pedulik la .. Janji kain kering. Kan?

Semua yang Allah beri itu dugaan kecil saja. Dulu mabuk teruk tapi bila gugur lagi laju air mata ni gugur sebab rasa sedih sangat Allah tarik semula rezeki tu. Selagi ada upaya ku kuatkan hati demi amanah Allah ni

Semalam.. Dia bergerak aktif masa scan. Rasa macam nak nanges kat situ jugak tengok aktifnya dia.. Alhamdulillah

Terima kasih atas sokongan moral dan doa kalian buat LM selama ni:)
www.tips-fb.com

5 comments:

Cik Puan Eka said...Reply To This Comment

Betul tu kak. Awal2 dulu saye mabuk teruk sampai cuti n mc berhari2. Walau tak kerja, duduk rumah masih buat kerja rumah,basuh kain,lipat kain,masak utk sahur n buka suami walopon sebelum masak muntah,tgh masak muntah,lepas masak muntah. Susah pon tak apa. Ini nikmat mengandung yg satu ketika nnti kita akn rindu. Mmg suami ada tolong. Tapi bila dia diopis. Kita kna buat juga.

Saya next week scan..

Semoga kita dan baby kita baik2 saja inshaAllah.

Mila Hilas said...Reply To This Comment

sy pon bace rasa terharu plak..pasal bb aktif tu..aduhai bukan semua org dpt alami benda ni kn...semoga sis kuat yer.

Cik Ecah said...Reply To This Comment

take care...
huhu pasal morning sickness ni ecah pun lalui hampir bulan ke 5 baru legaaa hukhukhuk..

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Kuat semangat LM ni.. alahan kuatpun rajin juga buat macam-macam. Anak nanti pun mesti aktif macam uminya..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Jadi surirumahtangga sepenuh masa ni saya rasa lagi memenatkan berbanding dengan kerja di pejabat. Alah kerja pejabat pun jari jemari je bergerak pantas dan otak ligat berfikir. Banding dengan buat kerja rumah... Kalau saya duduk rumah hujung minggu, memang terasa penatnya lebih berbanding hari bekerja. Serius memang penat dan stress!

Saya pun pernah mabuk sampai cukup bulan. Nak makan tekak rasa pahit payau sepanjang masa. Nak tidur malam, semua posisi pun menyakitkan. Entah berapa kali dalam 9 bulan tu tertidur dalam tangisan.

Moga cepat hilang mabuk teruk LM tu. Kalau terganggu urusan seharian, memang susah. Anak-anak lain pun perlu diberi perhatiankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...