Wednesday, September 24, 2014

Nak Bersalin Mana?

Salam...

Hati LM ni memang macam ni kot? Suka sangat berdebar2 tak tentu pasal padahal lambat lagi nak bersalin.

Ye la.. Ni dah nak masuk bulan 10. Lepas tu busy raya haji, raya india.. Ekeke

Lepas tu busy anak nak exam, anak nak cuti sekolah. Dec busy musim hujan lagi tu. cuti sekolah sah-sah super busy. Tup-tup anak naik sekolah bulan satu manalah tau saya pun bersalin bulan satu.. Haaa camner tu?

Risau sangat sebab masih tak buat keputusan nak bersalin kat mana. Puchong? Atau bangi?

Puchong tu kira paling dekat kot, kalau bangi nanti buatnya jem mau-mau 40 minit pun tak sampai . Gigil pulak dalam kereta tu menahan sakit. Erk?? Sakit ke?

Haiya.. Terkenang saat pecah ketunan masa nak lahirkan si kecik tu tiga tahun lalu. Dah la awal sebulan dari due date dia. Dari rumah ke melaka sejam lebih dengan jem rambutan time budak balik sekolah. Dah la dekat sejam lepas turun air batu gerak ke spital. Ngeri kalau duk kenanh semula.

Bersungguh2 cakap kat ayah nak juga ayah hantar ke melaka. Sepanjang perjalanan berpuluh kali ayah tanya sakit ke tak? Sakit ke tak? Ekeke.. Sebab dia tengok LM makan salindah tak henti2. Dari sebijik ke sebijik.. Memang kemam sentiasa. Mujur lah tak sakit.. Cuma rasa kebas dari pinggang ke bawah saja. Doktor pun pelik bila cakap tak sakit sebab air makin kering tapi cakap rasa kebas je.

Kalau lah kali ni nak pergi spital jauh rasanya gerun kot? Ye lah.. Jem lat KL jangan buat main.. Mau2 beranak dalam kereta nanti.

Bangi? Puchong? Huhu masih tak tau lagi.
www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Dilema juga ya.. rasanya elok ambil yang dekat je LM .. kot anak kelima ni cepat je masa sakitnya. Jadi lebih selamat yang jarak dekat kan.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Kena pikir pro n con jugak tu LM..inshaAllah..sempoga dipermudahkan urusan ye

Hayati Hanisah said...Reply To This Comment

hai dear. salam perkenalan. sy nuha. Selamat bersalin in advance. semoga semua urusan bersalin dipermudahkan, inshaAllah.

btw jemput singgah ke blog nuha. nuha baru share pasal kolagen.

www.nuhahayati.blogspot.com

Tina Othman said...Reply To This Comment

Bangi az zahra lah ye miza, fikir2 hehe takut sakit time org balik keja atau g keja jenuh

Mummydearie said...Reply To This Comment

Ambil yang dekatlah, LM. Senang cerita. Macam saya memang jenis tak tahan sakit. Maka takut punya pasal, saya ambil paling dekat dengan rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...