Friday, September 26, 2014

Pagi Yang Lesu-Sambutan Hari Jadi Di Sekolah.

Salam Jumaat buat semua..

Pagi ni sungguh lesu. Rasa sungguh tak bermaya. Hari ni sekolah aqila ada buat jamuan untuk murid yang sambut hari lahir pada bulan september. LM lupa sebenarnya.. Dah tengah hari baru teringat. Terus tanya cikgu bilangan murid ..katanya dalam 70 orang.

Disebabkan kelesuan yang tak pernah hilang, memang LM tak larat la nak ke kedai beli barang untuk goodies bagai tu. Memang kena tunggu en.Z balik. Kek? Erkkk kedai tutup pukul tujuh sah-sah tak sempat beli edible imej:(

Balik dari surau dah pukul 9 lebih ditambah en.Z borak dengan jiran lagi.. Dekat pukul 10 baru gerak beli barang. Mak aiii kek tak buat lagi..

Terus beli barang.. Balik terus buat dadih untuk sumbat dalam goodies bag tu nanti. Jerang dua periuk terus.. Sebab lain perisa. Sobss rasa nak tercabut nyawa duk pikir kena pack 70 goodies bag tu. rupanya2 nya en.Z terus kerah askar tu buat Goodies bag. Alhamdulillah.. Lega..

Siap buat dadih dah mula nak pitam.. Tak sempat habiskan tuang dalam bekas dah pitam. En.Z lah yang menghabiskan kerja tu. rest kejap.. Dah pukul 11 lebih baru putar kek sebab memikirkan sian pula kalau kawan menghadap kek dia takda kek pula nanti.

Siap sejukkan kek dan tepek krim bagai tak sempat hias dan tulis pun terus simpan dalam peti sejuk. Tengok jam dah pukul 1.30 am. Phewww..

Memang dah janji awal- awal lepas subuh en.Z yang tuliskan nama qila kat kek nanti. Sementara en.Z ke surau bangun subuh terus LM tepek coklat rice kat tepi kek dulu...

Letak dadih dalam goodies bag pun harap enZ tolong siapkan.. Pitam terus!

Haha.. Bak kata en.Z .." Ummi kerjanya buat kek je.."

Haah la.. Buat kek je pun. Yang lain semua orang lain siapkan. Tu pun asik pitam. Apala ummi ni kan?

Apa pun syukur sangat siap juga semuanya. Memang takut tak sempat sebab pukul 10 lebih malam baru nak mula..

LM buat kan kek perisa strawberry. Tengah dia tu tepek sket strawberry filling.. Okey la daripada takda. Kek sempoi2 je pun

Qila ke sekolah LM terus blend kelapa parut beku tu terus buat nasi lemak. Jemu dah asik makan makanan beli. Masak guna microwave saja.. 20 minit dah siap. Nasik lemak telur saja bersama timun dan bilis.. Cukup la.. Seadanya.. Alhamdulillah.

Siap sarapan , bila en.Z ke opis dan maid sambilan tu dah sampai terus LM zzzz.. Sejam juga rasanya LM tertido. Ni pun asik gelap mata je. Kepala rasa berpusing, pening sangat:(


www.tips-fb.com

5 comments:

Aisy Nasiha said...Reply To This Comment

Wah.. bestnya ada sekolah buat sambutan hari jadi beramai2 macam ni. Seronokla qila ya.. untung ada mak pandai masak, tak payah risau pasal benda makan yang nak dibawa..

Mummydearie said...Reply To This Comment

Dalam pada pening nak pitam tu sempat juga siapkan dadih dan kek. Boleh buat nasi lemak lagi esok paginya. Alahai, LM... naik malu pulak saya yang sihat ni tapi malas ke dapur :D

Ammar said...Reply To This Comment

Semenjak dua menjak ni Ammar perasan akak selalu je x sihat. Akak sakit ke? huhuhu

Tina Othman said...Reply To This Comment

Teruk jugak miza alah ye, takpe pahala tu

hainom OKje said...Reply To This Comment

Hepy bezday Aqila....untung Aqila ada mama ngan papa yg rajin.....kalau aunty bukan beli lagi terus tak payah buat kat sekolah haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...